Baru sahaja mengecapi bahagia dengan kelahiran anak kedua pada 6 Ogos yang lalu, kini pelakon dan pelawak iaitu Syed Ali dan isteri terpaksa menerima kenyataan yang anaknya disahkan mengalami masalah jantung. Khabar sayu itu telah dikongsikan oleh pelawak ini sendiri dalam Instagram miliknya dimana anak perempuannya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah telah mengalami jaundis dan beberapa komplikasi kesihatan.Â
BACA:Â Jangan Salahkan Ibu Yang Mengandung, Doktor Dedah Punca Sebenar Keguguran
https://www.instagram.com/p/B1GNdTrpamD/?utm_source=ig_web_copy_link
Bagai jatuh ditimpa tangga, Syed Ali menerima khabar buruk daripada doktor yang anaknya itu juga mengalami masalah jantung. Hal itu telah dikongsikan oleh isteri pelawak ini sendiri di Instagram miliknya beberapa hari lepas yang sebak dan tidak tahan melihat keadaan terkini anaknya itu.Â
Allah yang tahu macam mana perasaan ibu tengok keadaan awak sekarang sayang. Ibu tahu adik kuat.. kuat yer adik. Ibu tak sanggup tengok keadaan adik macam ni. Jika ini ujian untuk kita.. Ibu redha
Injap Jantung terbalik & berlubang
Perkembangan terbaharu, keadaan anak mereka itu menjadi lebih serius apabila anak yang baru berusia 10 hari itu telah disahkan pula menghidapi injap jantung terbalik dan jantung berlubang di bahagian tengah. Puteri kedua mereka itu kini sedang dipantau oleh seorang doktor pakar di sebuah pusat rawatan di Serdang.Â
Lubang itu yang membantu adik untuk bernafas
Dalam kemaskini itu juga, Puan Melati iaitu isteri Syed memberitahu bahawa ada perkhabaran yang agak baik mengenai penderitaan anaknya, Ainul. Doktor mendapati lubang di bahagian tengah pada jantung anaknya itu telah membantunya untuk bernafas sehingga kini. Ainul sekarang dalam penjagaan rapi oleh doktor dan akan secepatnya dihantar untuk operation. Dia juga berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan Ainul.Â
https://www.instagram.com/p/B1L6rhUAFnp/
Sumber: PaMa & IG melatifitri