Viral Cinta & Perhubungan Keluarga

Dituduh Bercinta Dengan Sepupu Sendiri, Gadis Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Dituduh Bercinta Dengan Sepupu Sendiri, Gadis Tampil Jelaskan Situasi Sebenar
Rasaflix

Sharing is caring!

Perbezaan usia antara 2 saudara bukanlah menjadi halangan untuk meluangkan masa bersama-sama. Akan tetapi, keakraban antara sepupu itu mungkin menimbulkan rasa salah faham dan kurang senang daripada orang sekeliling. Begitulah yang dialami oleh gadis ini sehingga terpaksa membuka mulut memberikan penjelasan.

BACA: Sekarang Zaman Fitnah, Jangan Bercinta Kalau Tak Kenal Dengan Siapa Dia Bergaul


Dituduh Bercinta Dengan Sepupu Sendiri, Gadis Tampil Jelaskan Situasi Sebenar
Kredit Foto: IG axda_suee

Selalu keluar bersama bagaikan couple, memang jenis sweet & caring

Menerusi TikTok, Aida Suraya berkongsi sebuah montaj memaparkan moments bersama salah seorang sepupu lelaki bagaikan sepasang couple yang bahagia. Meskipun sering keluar bersama-sama, gadis ini akui mereka memang rapat sejak kecil serta lelaki berkenaan jenis yang caring dan sweet.

@axda_suee

Date sepupu sendiri . Dari kecik memang rapat , so orang mesti ingat couple yelah sebb dia ni jenis sweet and caring orangnya😅

♬ Lemon tree – Bahasa hate💛

Semua cousin memang jenis ‘masuk air’… Tunang sepupu sepatutnya boleh terima situasi mereka

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pihak seolah-olah mempertikaikan hubungan rapat tersebut terutamanya apabila mengetahui lelaki berkenaan sudah bertunang. Dalam video seterusnya, Aida menjelaskan bahawa kesemua sepupunya memang ‘masuk air’ dan suka bergurau antara satu sama lain. Selain itu, gadis berusia 22 tahun ini turut berpendapat bahawa tunang kepada sepupunya sepatutnya boleh menerima situasi berkenaan pada masa akan datang.


@axda_suee

Balas kepada @iraamohd__

♬ bunyi asal – Aidasuraya1 – Aidasuraya1

Akui kadangkala ada rasa janggal, selalu anggap seperti abang sendiri

Mengulas mengenai perasaan pula, Aida akui kadangkala terasa janggal apabila gurauan mereka terlebih sweet pula. Disebabkan itu, gadis ini akan menganggap lelaki berkenaan seperti abang sendiri dan enggan memendam sebarang perasaan cinta.

@axda_suee

Balas kepada @imnhnx

♬ bunyi asal – Aidasuraya1 – Aidasuraya1

Sumber: TikTok Aidasuraya1


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Dituduh Bercinta Dengan Sepupu Sendiri, Gadis Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram