Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

“Dia Baik..” -Wanita Kongsi Pengalaman Serik Suami Nyaris ‘Disailang’ Customer

8th May 2020
in Viral
“Dia Baik..” -Wanita Kongsi Pengalaman Serik Suami Nyaris ‘Disailang’ Customer
585
SHARES
3.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melihat permintaan kepada runner atau delivery man semakin meningkat dengan ketara. Tidak kurang juga denganĀ  adanya bazar Ramadan online membuatkan khidmat penghantaran makanan terus ke depan pintu ini antara yang paling sibuk menjalankan tanggungjawab. Malah pelbagai kisah dan pengalaman suka duka mengenai perkhidmatan ini turut dikongsi orang ramai di media sosial.

BACA :Ā Gara-Gara Donut Siap Bungkusan ‘Serbuk Putih’, Runner Menggelupur Ditahan Polis

Customer cuba ‘sailang’ suami, kemain puji melambung

Baru-baru ini, tular di Facebook sebuah posting yang dimuat naik oleh Miesya Sakinah mengenai pengalamannya dalam melayan karenah pelanggan yang ada kalanya memeningkan kepala. Kongsi Miesya, dia ada menerima seorang pelanggan wanita yang tidak putus-putus memuji dan ‘mengurat’ suaminya selepas membuat penghantar. Malah dia turut memuat naik beberapa paparan skrin perbualannya di WhatsApp bersama wanita berkenaan.

“Dia Baik..” -Wanita Kongsi Pengalaman Serik Suami Nyaris ‘Disailang’ Customer
Gambar Sekadar Hiasan

 

Bagus runner akak boleh tolak ansur & baik pula tu, saya suka

Menerusi perbualan tersebut, wanita berkenaan bertanya kepada Miesya mengenai runner yang menghantar makanan kepadanya selain sempat meminta nombor telefon. Tanpa mendedahkan identiti runner tersebut, Miesya kemudian memaklumkan bahawa kemungkinan isteri lelaki itu tidak akan bertolak ansur jika dia mengetahui hal ini. Namun balasnya, dia sedikit pun tidak kisah jika sampai ke pengetahui isteri lelaki itu.

“Dia Baik..” -Wanita Kongsi Pengalaman Serik Suami Nyaris ‘Disailang’ Customer

Hati-hati korang yang suruh laki jadi runner tu, akak dah serik..

Dalam pada itu, Miesya yang menjalankan perniagaan makanan mengakui dia bagaikan sudah ‘serik’ untuk menyuruh suaminya menjadi runner penghantar tempahan gara-gara insiden tersebut. Malah wanita ini sempat berseloroh bahawa suaminya kini telah diberhentikan kerja serta merta sebagai runner peribadinya.

“Dia Baik..” -Wanita Kongsi Pengalaman Serik Suami Nyaris ‘Disailang’ Customer

“Dia Baik..” -Wanita Kongsi Pengalaman Serik Suami Nyaris ‘Disailang’ Customer
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Miesya Sakinah, mStar

Tags: Miesyapengalamanrunnersuamiwanita
Next Post
“Dia Baik..” -Wanita Kongsi Pengalaman Serik Suami Nyaris ‘Disailang’ Customer

Konon Lawak Viralkan Video Batal Solat, Rupanya Boleh Mempersendakan Agama..

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)