Hiburan

Dengan Anak Macam Adik-Beradik, Stacy Sebak Kucing Kesayangan ‘Pergi’ Selamanya

Dengan Anak Macam Adik-Beradik, Stacy Sebak Kucing Kesayangan ‘Pergi’ Selamanya
Rasaflix

Sharing is caring!

Tidak dinafikan bahawa kucing adalah salah satu haiwan yang sering menjadi pilihan masyarakat untuk dibela. Namun bagi pencinta ‘si bulus’ ini, pasti akan berasa sedih jika haiwan peliharaan yang dijaga sejak kecil ‘pergi’ buat selamanya.

BACA: [VIDEO] Hajat Nak Bela Kucing Tak Sampai, Reaksi Anak Tomok Pula Jadi Perhatian

Lego selalu bermain dengan Bella & Eshaal…tapi akhirnya ‘pergi’ jua

Sebentar tadi, penyanyi Stacy Anam berkongsi bahawa kucing peliharaan yang diberi nama Lego telah menghembuskan nafas terakhir selepas dikatakan mengalami masalah mata. Gara-gara dibela sejak kecil, ia sempat membesar dan sering bermain dengan anak-anaknya hingga dianggap sebahagian adik-beradik mereka.


Dengan Anak Macam Adik-Beradik, Stacy Sebak Kucing Kesayangan ‘Pergi’ SelamanyaDengan Anak Macam Adik-Beradik, Stacy Sebak Kucing Kesayangan ‘Pergi’ Selamanya

Lego sangat baik sebab tak pernah menganggu anak-anak

Selain itu, penyanyi lagu ‘Pelangi Senja’ tersebut juga menyatakan kucing berkenaan sangat baik dan matang kerana tidak pernah menganggu kedua-dua puterinya. Meskipun ‘si Bulus’ tersebut mempunyai banyak perangai nakal dan sering merayau, namun Stacy menyatakan bahawa perkara itulah yang akan paling dirindui selepas ini.

View this post on Instagram

Lego is our first cat in family. Dia hadir waktu eshaal usia 5 bulan kalau tidak silap. Dia membesar sama2 dengan eshaal dan diorg macam adik beradik sudah bertiga. Main sama2 lawan sama2 dan yang bestnya lego tidak pernah gigit atau cakar pun diorang. Sikit luka pun lego x pernah kasih sebab lego memang kucing yang matang dan baik. Tangan pendek tapi tegap. Suka bagi jelingan menyampah pastu suka meninjau kehidupan di luar sampai pernah hilang 6 bulan dulu. Terlalu peramah semua kucing luar jadi member dia habis segala semua penyakit dia kena sampai hampir buta tapi dia sangat kuat untuk bertahan sampai lah haritu dia sudah tidak larat pun kami tidak sangka dia sudah nazak sebab dia masih tetap nampak kuat. Aduii yego siapa mau kawan mami masak di belakang lagi ni? Bella pun tiada tempat peluk dan ishal tiada kawan gaduh mulut sudah. Yego selalu tolong tengok ishal di luar main basikal layan cerita ishal. Mami pun selalu marah2 yego sebab selalu merayau keluar. Adoi sunyi nya rumah ni terus!!!😩 Tiada sudah mami dapat mau cuci tu tempat tai u yego😭 Bye bye Lego…We gonna miss u so badly yego😢 Thank you so much yego thank you sangat pernah hadir in our family🙏🏻Thank you jadi kawan baik ishal & bella dan jadi teman terbaik kami semua selama ni. Tiada sudah mami mau bebel2 pasni dan x dapat nampak sudah jelingan menyampah u tu yego😢 Rest well sayang.. Love you yego, we miss you so muchh sayang…… I sayang u yego aduiii😫 RINDU……… Rest well Yego sayanggg… *Thank you @ohanavetclinic sebab sentiasa memberi yang terbaik untuk lego dari dia kecil sampai hujung nyawa lego semalam. Lego sudah lama menderita sakit dia tapi u guys banyak membantu dia dan tidak pernah putus asa untuk merawat dia. Thank youu so much! #restinpeacelego #tidurlahlego #strongcat

A post shared by Stacy Anam (@stacyanam) on

Akim sediakan tempat pengebumian untuk Lego…netizen sayu nampak Bella & Eshaal menangis

Suasana juga diselubungi pilu tatkala melihat Akim Ahmad menyediakan tempat pengebumian untuk Lego. Bahkan Bella dan Eshaal gagal menahan tangisan dan seolah-olah berat hendak lepaskan ‘pemergian’ haiwan tersebut. Secara keseluruhan, video berkenaan telah meraih lebih 200 ribu jumlah tontonan setakat ini.


Dengan Anak Macam Adik-Beradik, Stacy Sebak Kucing Kesayangan ‘Pergi’ Selamanya

Dengan Anak Macam Adik-Beradik, Stacy Sebak Kucing Kesayangan ‘Pergi’ Selamanya

Dengan Anak Macam Adik-Beradik, Stacy Sebak Kucing Kesayangan ‘Pergi’ Selamanya

Dengan Anak Macam Adik-Beradik, Stacy Sebak Kucing Kesayangan ‘Pergi’ Selamanya

Sumber: Instagram stacyanam


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram