Viral

“Demi Allah Aku Rindu”-Redah 340KM Ziarah Pusara Rakan, Pernah Tweet Pasal Ajal

“Demi Allah Aku Rindu”-Redah 340KM Ziarah Pusara Rakan, Pernah Tweet Pasal Ajal
Rasaflix

Sharing is caring!

Sudah menjadi lumrah biasa dalam bersahabat, hubungan tersebut mungkin bermula agak kekok. Namun lama-kelamaan, ukhuwah itu bertukar menjadi sangat akrab bagaikan sebuah keluarga sehingga terciptanya pelbagai kenangan. Namun bagi pemuda dengan akaun Twitter @Afirhuls, kini dia tidak dapat lagi meluangkan masa dengan sahabatnya yang bernama Izham (Am) kerana insan tersebut telah pergi buat selama-lamanya.

BACA : [VIDEO] Muka Pelik Masa Naik Pentas Konvo, Rupanya Petanda Bakal Bertemu Illahi

Mak kau baik gila…InsyaAllah lepas ni datang lagi

Luahan sebaknya itu telah dikongsikan sejak 20 Oktober lalu dan berjaya meraih ribuan retweet daripada netizen. Meredah ratusan ribu kilometer demi menziarahi pusara tersebut, pertemuan pemuda ini bersama dengan ibu Allahyarham nampaknya membuatkan mereka mengimbau kisah-kisah lama. Meskipun sudah datang sendiri ke tanah pusara Am, dia masih tidak dapat menahan sebak dan melepaskan rasa rindu yang begitu mendalam.

“Demi Allah Aku Rindu”-Redah 340KM Ziarah Pusara Rakan, Pernah Tweet Pasal Ajal

370 kilometer. Assalammualaikum, Am. Aku datang ni.


“Demi Allah Aku Rindu”-Redah 340KM Ziarah Pusara Rakan, Pernah Tweet Pasal Ajal

“Demi Allah Aku Rindu”-Redah 340KM Ziarah Pusara Rakan, Pernah Tweet Pasal Ajal

Air mata aku dah kering Am…Salam sayang

Sewaktu dalam perjalanan pulang, @Afirhuls turut berhajat untuk datang kembali bagi menziarahi pusara Allahyarham dan kediaman keluarganya. Jika diikutkan, memang begitu banyak kisah yang mahu dikongsikan oleh pemuda ini kepada sahabatnya itu. Namun apakan daya, hanya doa sahaja yang mampu dititipkan dan menziarahi pusara saja cukup membuatkan dia bersyukur. Di hujung perkongsian, sekali lagi dia berdoa semoga dapat bertemu dengan Am di syurga kelak.

“Demi Allah Aku Rindu”-Redah 340KM Ziarah Pusara Rakan, Pernah Tweet Pasal Ajal

“Mungkin lepas ni aku pula kot”

Menjengah kepada akaun Twitter yang masih ada sehingga kini, rupanya Allahyarham pernah membuat tweet tentang perihal ajal sekitar bulan Mei lalu. Sempat mengucapkan Al Fatihah kepada seorang individu bernama Hakim, siapa sangka ‘masanya’ juga tiba pada tahun ini.


“Demi Allah Aku Rindu”-Redah 340KM Ziarah Pusara Rakan, Pernah Tweet Pasal Ajal

Sumber : Twitter Afirhuls dan Muhammad Izham

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

“Demi Allah Aku Rindu”-Redah 340KM Ziarah Pusara Rakan, Pernah Tweet Pasal Ajal

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram