Beberapa hari lepas, terdapat sekumpulan kru penggambaran yang baru sahaja pulang dari Scotland dan salah seorang pelakon terlibat iaitu Puteri Aishah disahkan menghidap COVID-19. Terkini, seorang selebriti kanak-kanak bersama ibunya yang turut mengikuti kru terbabit pula disahkan positif.
BACA:Â Suami Di Off-Shore Tak Dapat Balik, Minta Jiran Rahsiakan Daripada Bini Sebab..
Baru tahu keputusan pagi tadi
Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada kanak-kanak yang bernama Puteri Rayyana Rayqa memaklumkan bahawa mereka telah menjalani ujian saringan melalui pandu & lalu di sebuah pusat perubatan sekitar Damansara semalam. Menurut Syira, mereka dihubungi oleh pihak perubatan di sana dan dimaklumkan keputusannya pada pagi tadi..
Rayqa memang sudah demam sejak di sana
Tambah ibu kepada kanak-kanak berusia 6 tahun itu lagi, dia tidak mengalami sebarang gejala. Walau bagaimanapun, Rayqa memang sudah mengalami demam sejak berada di Scotland lagi. Kini dia menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggap ini sebagai satu ujian daripada Allah.
Kru saling menjaga antara satu sama lain
Sepanjang berada di Scotland, mereka berdua tinggal bersama-sama kru penggambaran yang turut disertai oleh Ben Amir dan Puteri Aishah. Soal keselamatan dan kebersihan sering dijaga sesama mereka serta vitamin C turut diambil pada setiap hari. Akhir kata, dia berharap agar dirinya dan Rayyana yang pernah membintangi filem seram ‘Penjaga’ itu sembuh daripada masalah kesihatan berkenaan.
Sumber: FB Harian Metro, IG Puteri Rayyana Rayqa