Sejak akhir-akhir ini semakin ramai selebriti yang menyertai misi kemanusiaan di negara-negara yang sedang berg0lak. Antara yang pertama kali menyertainya adalah penyanyi terkenal Ella Aminuddin dan suaminya Kapten Azhar Ghazali yang telah berkesempatan melawat kem pelarian Palestin dan Syria di Lubnan sejak 26 hingga 30 April lalu. Terdahulu, Ratu Rock negara itu menyatakan bahawa peluang tersebut seperti impian yang menjadi kenyataan kerana dia sudah lama berhajat mahu membantu mereka.
BACA:Â “Yang Tinggal Hanyalah Mainan” -Dib0m Ketika Bermain, Kisah Sayu Anak Syria
Selepas pulang ke tanah air, Ella yang juga merupakan Ikon Kemanusiaan, Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) ada berkongsi detik-detik dan kisah menarik sepanjang berada di kawasan kem tersebut menerusi laman Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/BwxDfSRBRFW/
Aktiviti riadah bersama kanak-kanak di sana
https://www.instagram.com/p/Bwyi_CwBaQA/
Di ruangan komen pula, netizen membanjiri setiap posting Ella dengan pujian atas khidmat mulianya dalam menggembirakan hati selain menghulurkan bantuan bagi meneruskan kehidupan seharian m4ngsa pelarian di sana.
Awesome…semoga diberkati & dipermudahkan urusanÂ
Terbaiklah Ratu Rock Malaysia!
Semoga Allah lindungi kanak2 tu & murahkan rezeki Ella & Kapten Azhar
Sumber: IG ellaaminuddin & kkb4u_