Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, ramai di kalangan peniaga memilih untuk membuat perkhidmatan delivery sebagai sumber pendapatan mereka. Dek kerana sukar keluar rumah, ramai yang suka menggunakan khidmat itu meskipun perlu membayar caj penghantaran. Namun bagi seorang pembeli ini, dia seakan serik selepas berdepan dengan satu peristiwa mengejutkan apabila menerima makanan yang ditempah.
BACA: Sampai RM17 Macam Mana Kira..Sharnaaz Ahmad Terkejut Caj Delivery Melambung
Terkejut cod tiba-tiba naik…bukan jauh pun
Menerusi perkongsian di Facebook, seorang doktor bernama Nadia Abdul Kadir meluahkan rasa hairan apabila charge penghantaran tidak seperti peniaga lain. Menurut Dr. Nadia, beliau bersepakat untuk membeli dua jenis kuih secara atas talian tetapi bayaran makanan yang dibeli dinaikkan selepas pesanan tersebut dibuat.
Beli kuih kampung…caj cod dah nak RM 100
Meskipun Dr. Nadia tidak mahu mempertikaikan hal tersebut pada awalnya, beliau tidak dapat menahan diri apabila kos penghantaran tersebut telah mencecah RM99. Dengan perasan kurang senang, doktor mula mempertikaikan sikap peniaga tersebut yang sanggup mengambil kesempatan tanpa memikirkan akibatnya.
Kenapa sampai macam itu…orang lain pun berniaga juga
Siapa sangka, kisah tersebut telah mendapat lebih 10 ribu perkongsian setakat ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan sikap peniaga tersebut kerana boleh merugikan jualannya di kemudian hari. Malah ramai dikalangan mereka yang mengakui tidak meletakkan charge penghantaran jika membeli dengan jumlah yaang banyak.
Sumber:Facebook Nadia Abdul Kadir