Inspirasi

Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan

Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan

Sharing is caring!

Menjalani ibadah puasa pada musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semestinya satu pengalaman baru buat masyarakat Islam di negara ini. Malah tidak ketinggalan, selebriti bernama Jasmine Suraya Chin  yang memiliki raut wajah dan nama seakan gadis Melayu ini turut sama teruja ingin merasai pengalaman berpuasa.

BACA:¬†Kemain Nak Prank Emak, Sekali ‘Terciduk’ Dapat Karma Terlepas Sahur Nasi Goreng

Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan

Nekad cukupkan puasa sebulan..

Meskipun namanya kerap kali dikaitkan dengan agama Islam, namun tidak semua yang tahu sebenarnya anak jati Sarawak ini sebenarnya berketurunan Cina. Malah untuk Ramadan tahun ini, Jasmine telah nekad untuk berpuasa selama sebulan sekali gus menghormati bulan mulia dalam kalendar Islam itu. Tidak cukup dengan itu, dia turut mengakui berasa seronok seminggu berpuasa setakat ini.


Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan

Teruja bila tunggu waktu berbuka tu..

Kongsinya lagi, antara detik yang ditunggu-tunggu adalah waktu berbuka puasa. Dalam menjalani ibadah puasa ini, pasti tergambar pelbagai hidangan enak setiap kali berbuka puasa. Begitulah juga yang dirasai olehnya, sekali gus menjadi dia semakin bersemangat tiap kali ingin menyediakan juadah berbuka.

Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan

Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan

Terpaksa tahan ‘air liur’ bila ingat makanan sedap..

Akur dengan perintah kerajaan, pelakon drama ‘Adellea Sofea’ ini sempat meluahkan rasa rindu untuk berbuka puasa di luar seperti tahun sebelumnya meskipun terpaksa menahan ‘air liur’. Malah menurut pengacara wanita ini lagi, dia tetap nekad berpuasa penuh meskipun masih berada dalam fasa membiasakan diri lagi.


Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan

Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan

Sumber: Portal Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bukan Setakat Tahan Lapar & Dahaga, Jasmine Suraya Cabar Diri Puasa Sebulan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram