Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak

5th December 2019
in Viral
Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi sesetengah masyarakat, golongan yang menghidap sindrom down atau autisme akan mendapat pandangan serong dek kerana ketidaksempurnaan mereka sewaktu bertindak, berfikir serta paras rupa. Namun dengan pelbagai bentuk pendedahan khususnya menerusi media sosial, kini ramai yang lebih peka dan tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang kehidupan golongan berkenaan. Bahkan gelagat yang ditunjukkan mereka kadangkala akan mengajar kita sesuatu nilai murni.

BACA : Nurse Labour Room Memang Garang Bak Singa Betina Tapi Janganlah Dihina Pula

Budak sindrome down tenangkan rakan autistik

Demikianlah kata-kata yang tepat untuk menggambarkan keluhuran hati seorang kanak-kanak yang telah menjadi viral di Twitter semenjak beberapa hari lalu. Dalam video berdurasi seminit lebih itu, dapat kita saksikan budak autistik yang berada di sebelah kanan itu dilihat mula menangis. Bagi sesiapa yang pernah berada dalam situasi berkenaan, pasti anda mengerti bahawa ‘meltdowns‘ merupakan perkara biasa dalam kehidupan anak-anak syurga ini. Jika tidak ditenangkan, situasi mungkin bertukar lebih teruk kerana mereka boleh bertindak di luar kawalan.

My heart can't 😭

A boy with Down syndrome with a huge heart, comforting in his own way his colleague, an autistic child.

This is EMPATHY in its purest form ❤️

(Via FB Jalisco oculto) pic.twitter.com/eoSywovSvL

— StanceGrounded (@_SJPeace_) December 3, 2019

Mengesat air mata dan memberikan kucupan

Namun apa yang dilakukan oleh sahabatnya di sebelah sangat mengejutkan ramai. Meskipun dirinya sendiri mempunyai down sindrome, namun kanak-kanak itu mula menenangkan rakannya agar dia tidak menangis lagi. Bukan sahaja mendakap serta mengelap air mata, malahan dia mula bermain-main dengan tangan sahabatnya itu untuk menghidupkan semula suasana tersebut.

Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak

Kanak-kanak macam ini sangat manja dan penyayang

Nampak seperti tindakan yang biasa sahaja. Namun begitu, hakikat bahawa anak-anak istimewa ini boleh bertindak murni seperti itu seolah-olah meruntun jiwa ramai. Apabila melihat kepada ruangan komen, rata-rata netizen agak tersentuh dan ada yang mula berkongsikan perasaan tentang ahli keluarga mereka juga.

Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak

Sumber : Twitter Stance Grounded dan Oh My Media

Tags: austismebudakdown sindromekanak-kanaknangis
Next Post
Budak Autisme Tengah Menangis, Cara Rakan Down Sindromenya Pujuk Undang Sebak

Gadis Try Mengurat 'Old Money Collector', Bila Dah Terpikat Seram Pula Jadinya

Wangian Segar & Tahan Lama untuk Setiap Saat!
Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)