Melalui IG story Instafamous Norreen, baru-baru ini dia ada memuatnaik status berupa teguran dan menyatakan perasaan terkilannya selepas melihat cara wartawan dari sebuah portal hiburan yang menemubual Asif Suhaimi secara terjah di tempat awam. Asif merupakan seorang remaja autisme yang terkenal di media sosial apabila sering muncul memegang watak di dalam video-video lakonan pendek bersama Youtuber Syahmi Sazli.Â
BACA:Â Diumpan Bagi Kucing Makan Saja, Wanita Dedah Nyaris Senasib Adik Nurin Jazlin!
Aku marah sangat bila tengok video ni
https://twitter.com/ammmeeerrr7/status/1158317815855587330
Macam mana pihak media boleh berkelakuan macam ni?
Menurut Norreen, cara yang digunakan wartawan tersebut untuk mendekati Asif adalah tidak sesuai memandangkan remaja itu tidak normal seperti remaja lain. Malah memang sifat semulajadi kanak-kanak autisme untuk tidak berasa selesa apabila didekati dengan orang yang tidak dikenalinya.Â
Apa yang aku nampak Asif tak selesa kat situÂ
Dalam video itu, Asif telah didatangi oleh dua orang yang tidak dikenalinya untuk bertanyakan soalan-soalan berbaur santai, termasuklah soalan tentang teman wanita. Sepanjang video itu, Asif seperti menunjukkan reaksi kurang senang semasa menjawab soalan-soalan yang diajukan. Malah ketika mula-mula didekati gadis tersebut, Asif sudah berpesan awal-awal supaya menjaga jarak antara mereka. Â
Anak autisme tak boleh terkejut
Norreen yang mempersoalkan dan menyelar tindakan wartawan itu telah menjelaskan bahawa kanak-kanak autisme boleh bertindak agresif jika tidak kena dengan caranya. Walau bagaimanapun setiap mereka adalah berbeza dan kita perlu menegur mereka dengan cara baik dan lembut supaya mereka lebih mudah rasa serasi dengan orang baru.Â
Difahamkan, Norreen kerap mengikuti ibunya ke tempat kerja yang sebelum ini merupakan tenaga pengajar di sebuah persatuan kanak-kanak istimewa. Dia juga memiliki seorang sepupu perempuan yang seusia dengannya tetapi merupakan seorang autisme. Disebabkan itu, Norreen sudah biasa dengan kanak-kanak autistik dan lebih tahu cara yang betul untuk mendekati mereka.
Malah, hubungannya dengan sepupunya yang dipanggil sebagai Baby itu juga sangat akrab dan baik. Melalui media sosial, Norreen sering berkongsi video dan gambar bila bersama Baby.Â
https://www.instagram.com/p/BzIYIDxFZTu/
https://www.instagram.com/p/ByMgNZuFpDE/
https://www.instagram.com/p/ByKNrpklpN8/
Sumber: IG norreenjelah, Twitter H0lyitsdinA