Walaupun ditimpa musibah dahsyat, namun kematian tidak akan mendatangi seseorang itu selagi belum sampai waktu yang ditentukan Tuhan. Itulah gambaran yang tepat terhadap nasib seorang lelaki yang ditemui di tengah-tengah laut apabila berjaya diselamatkan oleh sekumpulan rakyat Malaysia yang cukup prihatin dalam sebuah video viral baru-baru ini.
BACA:Â Viral Video Ikat Seluar Jadi Pelampung Elak Tenggelam, Netizen Risau Benda Lain
Nelayan hanyut bot karam dijumpai masa nak balik ke darat, “Bapak saya dah tenggelam”
Menerusi posting yang dimuat naik oleh saudara Mohd Sufi, dia bersama sekumpulan rakan terkejut apabila menemui jasad seorang nelayan yang lengkap berpakaian terapung di di perairan batu laut ketika mahu balik ke darat petang semalam. Di samping sempat bertanyakan punca kejadian dan identiti lelaki yang cuma mampu berpaut pada pelampung pukat, mereka bergegas selamatkannya naik ke atas bot.
Turun ke laut sejak awal pagi…si ayah dikatakan dah tenggelam & masih belum dijumpai
Menurut Mohd Sufi, individu tersebut terpaksa mengharungi kepenatan dan kesejukan selepas terapung lebih 8 jam di tengah laut apabila bot mereka karam pada 10 pagi. Lelaki tersebut dilaporkan juga telah dibawa ke pusat perubatan Banting dengan menaiki ambulans selepas mereka berjaya kembali ke darat. Walau bagaimanapun bapa kepada nelayan terbabit tetap gagal ditemui serta diselamatkan.
Sumber: FB Mohd Sufi