Pemergian Ashraf Sinclair sejak semalam masih lagi dirasai sehingga ke hari ini. Pada usia yang masih muda, dia dijemput Ilahi selepas berhadapan komplikasi heart attack. Apa yang paling meruntun jiwa adalah kelibat balu Allahyarham, Bunga Citra Lestari serta anak tunggal mereka iaitu Noah Aidan. Gambar serta video mereka saat menangis di hadapan pusara terus menjadi viral dan siapa menyangka, detik itu membuat ramai sebak sekali gus rindu pada suami dan ayah masing-masing termasuklah seorang pakar perubatan ini.
BACA :Â Ada Nyanyi Lagu Perpisahan, Tak Sangka Isteri Kehilangan Ashraf Buat Selamanya
Teringat balik kisah silam dahulu
Turut terkesan dengan pemergian aktor popular tersebut, beliau sempat berkongsikan rasa hati. Bahkan kehilangan itu membuatkan beliau teringat kepada kenangan silam tatkala mendiang ayahnya pergi buat selamanya. Jika Noah kehilangan ayahnya pada usia 10 tahun, Dr Nimelesh pula menerima hakikat sedih tersebut pada umur 11 tahun. Masih lagi bergelar kanak-kanak, ketika itu beliau sendiri terpinga-pinga untuk memahami erti kehilangan.
Saya tanya pada mak, bila ayah akan pulang?
Bagi doktor ini, realiti tersebut akhirnya dirasai selepas beberapa bulan berlalu dan neneknya menjadi insan yang paling terkesan. Di hujung perkongsian pendek berkenaan, beliau sempat menyifatkan bahawa orang yang berhadapan kehilangan akan bangkit mengumpul kekuatan kelak meskipun bersedih pada hari ini. Dalam pada itu, Dr Nimelesh dilihat mengucapkan takziah terhadap keluarga Ashraf Sinclair.
Sumber : Twitter Dr Nimelesh