Kalau sudah dinamakan jodoh, tidak kiralah muda ataupun tua pasti akan bersatu juga. Seperti perkahwinan antara seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun apabila dia mengahwini gadis yang jauh lebih muda iaitu 20-an di Bangkok, Thailand menerusi laporan Thai Smile Variety dan laman Facebook Chetta Songthaveepol. Perkahwinan mewah mereka persis Wedding of The Year sehingga mendapat perhatian ramai sehingga menjadi bualan hangat.
BACA : Fitting Busana Pengantin & Hitung Hari Nak Kahwin, Risteena Buka Kisah Cinta
Mas kahwin RM2.75 juta, perkahwinan pertama
Mana tidaknya, pengantin lelaki yang merupakan pemilik salah satu kopi terkenal di Thailand itu memberikan hantaran kepada isteri tersayang dengan jumlah sebanyak 20 juta baht bersamaan dengan RM2.75 juta. Perbezaan umur mereka adalah kira-kira 50 tahun dan majlis tersebut merupakan perkahwinan kali pertama buat pengantin baru yang sama cantik sama padan ini.
Perkahwinan mewah jadi viral, pengantin janji akan tetap setia
Kisah perkahwinan mereka menjadi viral di segenap media sosial termasuklah Malaysia dek kerana kemewahan yang dipamerkannya dan juga jarak usia antara kedua-dua mempelai tersebut. Dalam majlis yang penuh makna itu juga, lelaki berkenaan telah berjanji akan tetap setia bersama suri hatinya setiap kali menyambut ulang tahun perkahwinan mereka.
Sumber : Thai Smile Variety , Chettha Songthaveepol , Sinar Harian