Artis Hiburan Viral

Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah

Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah
Rasaflix

Sharing is caring!

Sejak musim pilihanraya negeri berakhir, Sabah merupakan antara negeri mempunyai angka jangkitan COVID-19 yang tinggi. Oleh itu, sesiapa sahaja yang baru pulang dari negeri di bawah bayu berkenaan wajib menjalani kuarantin selama 14 hari. Isteri dan anak-anak kepada Shuk Sahar juga tidak terkecuali kerana baru pulang dari sana.

BACA: Ambil Inisiatif Kuarantin Diri, Ramai Seriau Tengok Nabil Ahmad Buat Swab Test

Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah

Jalani kuarantin di rumah lepas pulang dari Sabah, Shuk hanya mampu lihat anak-anak dari luar rumah

Ketika menjalani tempoh kuarantin, Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi video memaparkan pertemuan selebriti berusia 33 tahun itu dengan anak-anaknya dari luar rumah sahaja. Meskipun kedua-dua anak kecil berkenaan memanggil namanya beberapa kali, Shuk terpaksa menjauhkan diri dan cuba tidak menyentuh mereka.

Terlalu rindu, anak sulung sempat minta Shuk kucup & pegang tangan

Selain itu, Rossalenah turut mendedahkan bahawa anak sulung mereka iaitu Nur Qurratu Ain sempat meminta kucupan daripada Shuk. Lebih menyedihkan lagi, ternyata anak kecil berusia 3 tahun tersebut terlalu rindu sehingga merayu agar tangannya dipegang oleh bapanya. Pilu melihat keadaan anak-anak, ibu kepada 2 anak ini berjanji akan meluangkan masa bersama-sama Shuk setelah tempoh kuarantin mereka tamat.


Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah

Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah

Tengok dari jauh pun anak-anak dah happy… semoga dipermudahkan segala urusan…

Rata-rata netizen menghujani ruangan komen dengan mendoakan supaya urusan mereka dipermudahkan. Selain itu, ramai juga meluahkan rasa sedih apabila melihat keadaan anak-anak Shuk Sahar yang begitu merindukan bapa mereka.

Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah


Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah

Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah

Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah

 

Sumber: IG rossa.sera, shuk_hotfm


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Berpisah Sementara, Isteri & Anak Shuk Kena Kuarantin Baru Balik Dari Sabah

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram