Viral

Berkat Sabar 11 Tahun Kahwin, Suami Sebak Lepas Tahu Isteri Sah Hamil 9 Minggu

Berkat Sabar 11 Tahun Kahwin, Suami Sebak Lepas Tahu Isteri Sah Hamil 9 Minggu

Sharing is caring!

Bagi yang telah mendirikan rumah tangga, pasti menginginkan cahaya mata sebagai penyeri dalam kehidupan. Akan tetapi, tidak semua dikurniakan zuriat selepas sahaja berkahwin malahan terpaksa menunggu bertahun-tahun.

BACA: [VIDEO] Usap Perut Member Ambil Berkat, Wanita Senyum Walau Belum Dapat Hamil

11 tahun kahwin, tapi belum ada anak…sekali check, rupanya dah hamil 9 minggu

Menerusi posting di Facebook, Dr. Nurul Husna Kamarudin berkongsi detik tatkala menerima kehadiran sepasang suami isteri. Wanita berusia 40 tahun itu dikatakan sedang mengalami masalah period. Apabila ditanya, individu berkenaan turut menjelaskan bahawa masih belum dikurniakan rezeki anak meskipun sudah mendirikan rumah tangga selama 11 tahun. Namun ketika pemeriksaan dilakukan, Dr. Nurul Husna mengesahkannya hamil 9 minggu.


Berkat Sabar 11 Tahun Kahwin, Suami Sebak Lepas Tahu Isteri Sah Hamil 9 Minggu

Berkat Sabar 11 Tahun Kahwin, Suami Sebak Lepas Tahu Isteri Sah Hamil 9 Minggu
Gambar sekadar hiasan

Sebak lepas dapat khabar gembira tu…pernah berasa kecewa sebelum ni

Bilik rawatan dipenuhi dengan tangisan apabila suami isteri itu mendengar perkhabaran berkenaan. Ujar Dr. Nurul Husna, ia adalah rezeki daripada Ilahi di atas berkat kesabaran mereka. Patient tersebut turut mengakui pernah berasa kecewa selepas menjalani Urine Pregnancy Test (UPT) sebelum ini.

Berkat Sabar 11 Tahun Kahwin, Suami Sebak Lepas Tahu Isteri Sah Hamil 9 Minggu

Berkat Sabar 11 Tahun Kahwin, Suami Sebak Lepas Tahu Isteri Sah Hamil 9 Minggu
Gambar sekadar hiasan

Harap berita gembira tu dapat mengubati penantian suami & isteri ini

Di samping itu, Dr. Nurul Husna berharap agar kehadiran zuriat tersebut dapat mengubati penantian suami isteri berkenaan. Bahkan, beliau menyarankan masyarakat supaya sentiasa berdoa dan tidak berputus asa dalam berusaha untuk mendapatkan anak.


Berkat Sabar 11 Tahun Kahwin, Suami Sebak Lepas Tahu Isteri Sah Hamil 9 Minggu

Berkat Sabar 11 Tahun Kahwin, Suami Sebak Lepas Tahu Isteri Sah Hamil 9 Minggu
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber: Facebook Nurul Husna Kamarudin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Berkat Sabar 11 Tahun Kahwin, Suami Sebak Lepas Tahu Isteri Sah Hamil 9 Minggu

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram