Perasaan cemburu memang wujud dalam jiwa setiap manusia. Namun bagi orang perempuan khususnya, perasaan cemburu memang agak lain macam sedikit auranya kan? Kekuatan perasaan berkenaan sebenarnya menjadi bukti cinta kepada buah hati masing-masing lagi-lagi apabila sudah mendirikan rumah tangga. Sekiranya ada asbab yang membangkitkan rasa cemburu, mungkin orang perempuan boleh bertindak di luar kawalan seperti kejadian pada sebuah majlis perkahwinan di Indonesia ini.
BACA :Â Awek Tak Reply Chat Kononnya Sibuk Kerja, Rupanya Diam-Diam Getback Dengan Ex
Peristiwa mengejutkan itu mula tular menerusi perkongsian sebuah laman Facebook sejak beberapa hari lalu. Semuanya terjadi apabila mempelai yang sedang bahagia di atas pelamin tiba-tiba didatangi sekumpulan gadis untuk menangkap gambar bersama. Pada awalnya, sesi fotografi tersebut berjalan aman sehinggalah pengantin perempuan menyedari tindakan gadis berbaju hitam menyandarkan kepala ke bahu suami tercinta.
Mantan buah hati ‘dihempuk’ dengan jambangan bunga
Tidak tahu apakah motif sebenar yang cuba dilakukan, namun gadis yang dipercayai sebagai bekas teman wanitanya itu seolah-olah mendapat ‘pengajaran’ secara cash akibat perbuatan tersebut. Pengantin perempuan yang tidak lagi mampu menahan marah terus melemparkan jambangan bunga tepat kepada wajah perempuan berkenaan. Tidak cukup dengan itu, dia segera mengusir pergi gadis-gadis berkenaan sebelum ditenangkan oleh suaminya di sisi.
Nasib baik dia baling bunga, kalau pasu yang dibaling?
Rata-rata netizen juga merasakan moment itu agak lucu dan memahami perasaan pengantin wanita berkenaan. Bahkan mereka sempat berseloroh akan melakukan lebih daripada itu sekiranya berada dalam kejadian sama.
Sumber : Facebook Lambe Turah dan Siakap Keli