Utama Berita Semasa Bengang Kena Tegur Sebab Parking, 'Disondolnya' Makcik Guard Sampai Lebam

Bengang Kena Tegur Sebab Parking, ‘Disondolnya’ Makcik Guard Sampai Lebam

Sebuah video berdurasi 25 saat yang tular di media sosial baru-baru ini memaparkan perlakuan biadap seorang lelaki yang meIanggar seorang wanita berusia lingkungan 40-an yang merupakan pengawal keselamatan di sebuah hospitaI telah mencetuskan kemarahan ramai netizen terhadapnya. Ia berpunca apabila pengawal keselamatan itu menegur dirinya kerana meletakkan kenderaan di tempat parkir teksi. 

BACA: “Nak Belikan Merz Yang Canggih, Ayah Taknak.. Tak Pandai Nak Tekan But4ng”

Bengang kerana ditegur, pemandu itu terus melemparkan kata-kata kesat terhadap wanita berusia 43 tahun itu sebelum akhirnya mengundurkan kereta dengan laju sehingga terIanggar kaki pengawal keselamatan tersebut. Sejurus selepas itu, dia terus beredar meninggaIkan kawasan tersebut. Hasil perIanggaran itu, wanita ini mengalami Iebam di betis kiri kaki. 

Pengawal keselamatan buat laporan poIis

Kejadian yang berlaku pada jam 1.30 tengah hari itu telah disaksikan oleh orang awam sehinggakan mereka sempat merakam pertengkaran kecil itu. Tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu itu, pengawal keselamatan terbabit telah hadir ke balai poIis untuk membuat aduan. 

2 kali parking tempat salah

Difahamkan, pemandu berkenaan pada mulanya meletakkan kereta di kawasan parkir teksi sebelum ditegur oleh pengawal keselamatan wanita terbabit. Dia kemudiannya beredar tetapi lebih kurang 20 minit selepas itu kembali semula dan meletakkan kenderaan di tempat yang sama. Pada waktu itulah pertengkaran itu mula terjadi apabila pengawal keselamatan yang sama menegur tindakannya itu. 

11 malam datang balai serah diri

Walau bagaimanapun, suspek telah tampil menyerah diri kira-kira jam 11 malam tadi. Hasil keterangan yang diperoleh, dia menjelaskan terpaksa meletakkan kereta di kawasan itu kerana membawa bapanya yang lumpuh bagi mendapatkan rawatan di hospitaI terbabit. Netizen rata-ratanya menyelar sikap biadap suspek yang gagal mengawal kemarahan ketika itu sehingga melakukan sesuatu yang tidak patut. Walaupun mempunyai hal mustahak, namun peraturan perlu diikuti kerana niat tak menghalalkan cara.




Kenalah cakap kat guard tu elok-elok

Niat tak menghalalkan cara 

Sumber: FB Harian Metro

Artikel Popular