Sebelum ini, hasrat Da’i Syed untuk pulang ke rumah tidak kesampaian selepas pihaknya dikatakan gagal untuk membayar wang jaminan dalam masa yang ditetapkan. Namun setelah menjalani tempoh tahanan sejak 27 November lalu, dia akhirnya telah dibebaskan dengan bayaran sebanyak RM 35,000. Terdahulu, dia ditahan gara-gara berhadapan dengan dakwaan ‘meratah’ beberapa wanita termasuklah guru.
BACA:Â Nampak Nadia Brian Dengan Lelaki Lain, Suami Nekad Tamatkan Krisis Rumah Tangga
Detik yang sangat mencabar…luah hasrat nak rehat & luang masa dengan keluarga
Menerusi portal mStar Online, baru-baru ini Syed Shah Iqmal telah ditemui oleh pihak media dengan mengenakan baju berwarna biru. Walaupun telah melalui satu detik yang sukar dan mencabar dalam hidup, namun pendakwah berusia 25 tahun tersebut tetap kelihatan tenang. Selain ingin berehat, dia juga meluahkan hasrat untuk meluangkan masa bersama ibu serta keluarganya.
Terima kasih doakan saya, perlu ruang untuk sembuhkan jiwa…maafkan orang yang mengata
Sementara itu, dia juga mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak henti memberikan semangat serta mendoakannya. Biarpun masih bersedih dengan ujian yang menimpanya, Da’i Syed berharap agar orang ramai memberikannya ruang untuk menenangkan diri. Walaupun menerima pelbagai lemparan kata-kata daripada warganet, namun pendakwah 25 tahun ini akui sudi untuk memaafkan mereka. Bahkan, dia turut berdoa agar Allah permudahkan segala urusannya.
Sumber: Portal mStar Online