Utama Viral Baru Hari Pertama Puasa, Suami Isteri Mencuri Depan Mata Anak?

Baru Hari Pertama Puasa, Suami Isteri Mencuri Depan Mata Anak?

Hari ini, seluruh umat IsIam di Malaysia baru sahaja memulakan hari pertama ibadah puasa sempena kedatangan bulan Ramadhan. Walaubagaimanapun, aksi daripada sepasang suami isteri yang bersekongkol untuk mencuri sebuah beg duit yang dijumpai oleh mereka di sebuah kedai telah berjaya dirakam oleh kamera CCTV. Lebih memeritkan lagi, kejadian tersebut dilakukan betul-betul di hadapan mata anak mereka!

BACA: [Video] 1.4 Juta Tontonan, Viral Bapa Tunggal Buat Tutorial Dandan Rambut Anak

Menerusi posting yang tular di laman Twitter baru-baru ini, seorang gadis meluahkan bahawa abangnya telah tercicir dompetnya sewaktu membeli bahan persiapan untuk berniaga di bazaar Ramadhan. Namun selepas mendapatkan bantuan daripada pihak kedai tersebut, mereka berjaya menjumpai orang yang telah mengutip dompet terbabit.




Hari pertama Ramadhan dah aniaya orang…

Dalam awal rakaman paparan tersebut, dilihat seorang wanita telah menjumpai dompet tersebut sebelum memberitahu tentangnya kepada si suami. Mereka juga dilihat sempat berbincang tentang penemuan tersebut.




Tidak sampai beberapa saat selepas itu, wanita berkenaan bertindak untuk mengambil dompet tersebut sebelum diserahkan kepada suaminya yang sedang menolak troli membeli-belah.







Menurut gadis ini, dia sangat kesal dengan tindakan p4sangan tersebut yang tidak bertanyakan kepada orang yang melalui kawasan itu ataupun kepada pihak kedai tentang dompet itu. Hal ini kerana mereka sekeluarga sebenarnya tidak jauh pun daripada abangnya yang baru sahaja melalui kawasan tersebut.

Boleh nampak abang I baru je gerak…boleh panggil bagitahu wallet tercicir




Berikut pula antara reaksi netizen tentang isu kejadian tersebut.

Apa nak jadi…depan anak boleh curi wallet orang?




Bawak anak kot…bulan mulia makan duit haram

Harap abang you dapat balik wallet dia…faham struggle nak berniaga tu macam mana




Sumber: Twitter SyazaRahizad




Artikel Popular