Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala

6th April 2023
in Artis, Drama, Gaya Hidup, Hiburan, Viral
Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala
748
SHARES
4.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Penyanyi Sharifah Zarina, baru-baru ini meluahkan rasa kesal berkenaan pembantu rumah yang diambil bekerja. Wanita warga negara Indonesia itu telah lari dari rumah tak sampai sehari berkhidmat. Menerusi laman sosial Instagram, Sharifah menyatakan orang gaji itu baru sahaja diambil pada jam 10 malam tapi telah melarikan diri sekitar 4 pagi.

BACA: Anak Kantoi Dating Dengan Alvin Chong, Ini Reaksi Sharifah Zarina

“Tak tahu lah nak marah ke nak gelak”

Penyanyi tersebut kemudian telah menyatakan perasaannya di ruangan caption Instagram. Dia mengatakan tidak tahu sama ada ingin gelak atau marah kerana kejadian itu seakan tak dipercayai oleh penyanyi itu.

Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala

Lantaran itu, dia berkata nasibnya agak baik kerana masih belum beri duit pembantu rumah kepada ejen tersebut.

Video CCTV sebagai bukti kukuh ..

Sharifah juga bertindak memuat naik rakaman video cctv yang memperlihatkan wanita Indonesia tersebut sedang cuba untuk memanjat pagar rumah menggunakan kerusi. Baginya, perkara itu wajar disebarkan sebagai peringatan bukan hanya untuk dirinya, malah orang lain. Dia menasihati netizen berhati-hati supaya wanita demikian tidak dapat mengulangi kesalahan dilakukannya. Jelas penyanyi itu lagi, sangat sukar mendapatkan pembantu rumah kerana masalah begini.

View this post on Instagram

A post shared by Sharifah Zarina (@sharifahzarina_official)

Terus ‘triggered’ tengok perangai

Perkara itu menjadi lebih tidak masuk akal bagi netizen apabila tugas yang diberikan majikan wanita Indonesia itu sangat ringan dan tidak membebankan. Walhal ada juga yang beri cadangan kepada Sharifah agar mencari orang gaji dari negara lain. Lantaran itu, netizen telah menyuarakan pendapat mereka dan menyokong penyanyi tersebut serta memberikan nasihat kepadanya.

 

Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala

KREDIT: Xtra & Instagram Sharifah Zarina

 

Tags: artisdramagaya hiduphiburanviral
Next Post
Baru 6 Jam Bekerja, Pembantu Rumah Sharifah Zarina Lari Sempat Rembat Tuala

Rosyam Nor Timang Cucu Kelima, Syukur Dapat ‘Anugerah’ Comel Di Bulan Ramadhan

Busana Satin Eksklusif & Selesa
Pembersih Fabrik & Sofa Mudah Alih - Kotor Lenyap Sekejap!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)