Tidak dinafikan penularan wabak COVID-19 di Malaysia kini berada dalam keadaan yang meruncing. Bukan sahaja mengalami penambahan jangkitan, malah jumlah kematian juga dilihat semakin membimbangkan. Malah wujud perasaan risau sekiranya ada ahli keluarga kita yang menanggung penderitaan berkenaan sehingga meragut nyawa. Demikianlah gambaran sayu boleh dilihat menerusi perkongsian Puan Fika Maira menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.
BACA:Â Sanggup Berkorban Tinggal Dalam Kandang, Anak Sebak Tahu Bapa Kena COVID-19..
Hanya mampu tengok abah dari jauh, syukur urusan dipermudahkan…sebak lepas baca warkah terakhir
Akibat menanggung penderitaan virus COVID-19, wanita berkenaan reda selepas bapa tercinta kembali ke pangkuan Ilahi pada hari Isnin yang lalu. Meskipun hanya mampu melihat dari jauh sahaja, namun Puan Fika Maira bersyukur kerana segala telah urusan pengebumian Allahyarham dipermudahkan. Dalam pada itu, dia juga meluahkan perasaan sebak tatkala membaca warkah terakhir daripada lelaki berkenaan yang meminta agar memaafkan dirinya.
Terkilan dituduh jadi punca kepada wabak…harap masyarakat selalu jaga diri dan terus patuhi SOP
Gara-gara terselamat daripada jangkitan, wanita berkenaan terkilan apabila terdapat segelintir pihak yang tergamak menuduh dirinya menjadi punca kepada wabak tersebut. Selain berharap ahli keluarganya yang lain sembuh daripada COVID-19, Puan Fika Maira turut mengingatkan masyarakat agar sentiasa menjaga diri dan terus patuhi Standard Operation Procedure (SOP) ditetapkan.
Sumber: Facebook Fika Maira