Viral Inspirasi

Bantu Pelajar Balik Naik Bas, Ebit Lew Minta Maaf Lepas Ditegur Pihak IPT

Bantu Pelajar Balik Naik Bas, Ebit Lew Minta Maaf Lepas Ditegur Pihak IPT
Rasaflix

Sharing is caring!

Ekoran langkah berjaga-jaga terhadap angka jangkitan COVID-19 yang semakin mencanak naik, pihak KPT telah menangguhkan pendaftaran secara bersemuka buat para pelajar. Sejak semalam, ramai pihak mula menghulurkan bantuan kepada penghuni yang ‘terkandas’ di institut pengajian tinggi (IPT).

BACA: 20 Tahun Hidup Di Tapak Pembuangan Sampah, Ebit Lew Sebak Kisah Warga Emas Daif

Terima banyak rayuan, sediakan bas pulang ke kampung secara free

Antara yang menghulurkan bantuan adalah pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew. Oleh kerana banyak menerima rayuan daripada pelajar, beliau menawarkan bantuan dengan menyediakan bas untuk mereka pulang secara percuma. Sekitar malam tadi, beliau telah turun padang menghantar segelintir mahasiswa UPSI pulang ke kampung halaman masing-masing.


Pihak IPT tampil menegur, sepatutnya ikuti SOP yang ditetapkan

Walau bagaimanapun, bantuannya itu menerima teguran daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI. Melalui kenyataan rasmi tersebut, Ustaz Ebit Lew seharusnya mematuhi standard of procedure (SOP) yang telah ditetapkan. Pihak universiti turut menegaskan bahawa segala bantuan perlulah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum dilaksanakan.

Bantu Pelajar Balik Naik Bas, Ebit Lew Minta Maaf Lepas Ditegur Pihak IPT

Mohon maaf secara terbuka, 20 bas kini ditangguhkan sementara menunggu kelulusan

Susulan itu, figura kebajikan ini memohon maaf secara terbuka seperti yang dipinta oleh pihak IPT berkenaan. Selain itu, Ustaz Ebit Lew mengakui kekhilafannya dan hanya ingin membantu para pelajar yang telah dianggap seperti anak-anak sendiri. Kini, beliau telah menangguhkan 20 biji bas sementara mendapatkan kelulusan daripada pihak universiti.


Bantu Pelajar Balik Naik Bas, Ebit Lew Minta Maaf Lepas Ditegur Pihak IPT

Bantu Pelajar Balik Naik Bas, Ebit Lew Minta Maaf Lepas Ditegur Pihak IPT

Sumber: FB Ustaz Ebit Lew


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Bantu Pelajar Balik Naik Bas, Ebit Lew Minta Maaf Lepas Ditegur Pihak IPT

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram