Sejak mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka yang berasal dari Kelantan beberapa tahun lalu, kini Maryam dilihat sudah dapat membiasakan diri dengan kehidupan masyarakat Melayu. Bahkan, dia juga dilihat tidak kekok untuk mencuba pelbagai menu makanan pantai timur setiap kali berkunjung ke tempat kelahiran suaminya itu.
BACA: [VIDEO] Sumpah Gembira-Dapat Keluar Rumah, Maryam Bersungguh Bedal Durian
Maryam pulang ke kampung Ryzal di Kelantan
Baru-baru ini, mereka sekeluarga telah pulang ke kampung Ryzal. Sepanjang beberapa hari berada di sana, banyak tempat menarik dikunjungi termasuklah menikmati angin malam di Pantai Cahaya Bulan dan sempat singgah di Setiu Terengganu yang terkenal dengan keropok lekor.
Malas cecah budu jadi hirup je lah
Ayu bertudung ketika makan di sebuah restoran, Maryam kelihatan berselera menjamah ulam di depan mata. Namun secara tiba-tiba, dia terus mengangkat mangkuk berisi budu sebelum selamba menghirupnya. Difahamkan, ini bukan pertama kali wanita tersebut berbuat demikian memandangkan sebelum ini turut melakukan perkara yang sama ketika sedang live.
@uyounik Malah cicoh budu hirup jeee
https://www.tiktok.com/@nadiaa_naddd/video/7125270267735067930?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7150435626100622850
Hirup banyak-banyak nanti pandailah cakap loghat Kelantan tu
Seperti yang dijangka, masing-masing berasa terkejut sebaik sahaja melihat tindakan selamba wanita asli Korea Selatan berkenaan. Dalam pada itu, mereka juga sempat memuji penampilan Maryam yang dikatakan cantik bertudung.
Melihat aksi Maryam itu, netizen sempat berseloroh kononnya jika makan budu dalam kuantiti yang banyak akan bantu untuk fasih bercakap dalam loghat negeri Cik Siti Wan Kembang kelak.
Selain itu, ada juga beberapa individu yang berasal dari negeri Kelantan akui tidak pernah menikmati budu sedemikian rupa disebabkan rasanya yang agak masin. Hal ini membuatkan mereka berasa kagum dengan selera wanita tersebut.
Kredit: TikTok uyounik & nadiaa_naddd