Hubungan antara seorang ayah dan anak sememangnya tiada bandingan. Walaupun dari jarak yang jauh atau sekadar mendengar suara sahaja, si anak pasti akan mengenali bapa masing-masing dengan begitu mudah. Kini dengan keadaan COVID-19 yang agak terkawal, keluarga yang terpisah kembali bertemu semula seperti dalam sebuah video tular baru-baru ini.
BACA:Â Terpisah Lepas 12 Tahun, Gadis Nekad Guna Kuasa Twitter Cari Ayah Akhirnya..
Menyamar jadi ‘orang aircond‘, tapi anak-anak macam dah dapat firasat itu ayah mereka
Menerusi Facebook, Puan Massoezailin Saleh berkongsi video mempamerkan reaksi anak-anaknya apabila si suami akhirnya pulang setelah terpisah selama 7 bulan. Mohd Azaruddin Bin Tukari telah mengambil keputusan untuk menyamar sebagai technician membaiki penghawa dingin rumah dan mengenakan pakaian serba hitam bersama pelitup muka warna sama. Ketika sedang menjalankan ‘tugas’, ketiga-tiga anak kepada suami isteri ini bagaikan sudah dapat mengagak bahawa lelaki itu merupakan ayah mereka.
Turunkan face mask untuk minum air, terus didakap anak sambil menangis lepaskan rindu
Apabila ingin meminum secawan air, lelaki ini menurunkan face mask yang dipakai sekali gus mendedahkan wajahnya. Melihat sahaja situasi itu, anak-anak terus berlari dan mendakap bapa mereka erat bagaikan melepaskan rindu yang menebal. Difahamkan, Mohd Azaruddin serta isterinya sudah terlebih dahulu merancang prank ini. Meskipun terpaksa berpisah lagi kerana tuntutan kerja, Puan Massoezailin akui bersyukur akan pertemuan singkat itu.
https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1315465257893064705
Sumber: FB Massoezailin Saleh