Viral

Ayah Dicekup ‘Rembat’ Barang Kereta, Anak Akhirnya Dihantar Ke Pusat Kebajikan

Ayah Dicekup ‘Rembat’ Barang Kereta, Anak Akhirnya Dihantar Ke Pusat Kebajikan
Rasaflix

Sharing is caring!

Dalam zaman ekonomi serba mencabar ini, tidak dinafikan semakin ramai yang berhadapan dengan masalah kesempitan hidup. Semalam, seorang lelaki telah ditangkap selepas terlibat dalam kecurian komponen enjin serta rim kenderaan. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di sekitar Jalan Cenderawasih, Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi, Ipoh, Perak.

BACA: Isteri & Baby Dalam Perut Ajal Sekali Gus, Lelaki Pikul Amanah Jaga Anak Sulung

Pecut bawa kereta & terjun lombong lepas diekori…berjaya ditahan lepas 4 jam operasi mencari

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Ipoh melaporkan kejadian berpunca selepas suspek memandu kereta dalam keadaan mencurigakan. Malah individu terbabit nekad memecut laju kenderaannya selepas menyedari diekori pasukan peronda sebelum bertindak lompat ke dalam lombong. Namun lelaki berusia 41 tahun itu telah berjaya diberkas pihak polis pada tengah malam tadi selepas empat jam operasi pencarian dijalankan.


Ayah Dicekup ‘Rembat’ Barang Kereta, Anak Akhirnya Dihantar Ke Pusat Kebajikan

Ayah Dicekup ‘Rembat’ Barang Kereta, Anak Akhirnya Dihantar Ke Pusat Kebajikan

Terima rawatan lepas alami kecederaan, anak masuk JKM…mereka dah tinggal dalam kereta selama sebulan

Hasil pemeriksaan juga menemui barang yang dicuri serta seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anaknya. Individu terbabit kini dilaporkan menerima rawatan di pusat perubatan berhampiran selepas kepala dan kedua-dua kakinya mengalami kecederaan. Manakala anaknya pula sudah berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Lebih menyedihkan apabila dua beranak berkenaan dikatakan telah tinggal dalam kereta selama sebulan.

Ayah Dicekup ‘Rembat’ Barang Kereta, Anak Akhirnya Dihantar Ke Pusat Kebajikan

Ayah Dicekup ‘Rembat’ Barang Kereta, Anak Akhirnya Dihantar Ke Pusat Kebajikan


Ayah Dicekup ‘Rembat’ Barang Kereta, Anak Akhirnya Dihantar Ke Pusat Kebajikan

Ayah Dicekup ‘Rembat’ Barang Kereta, Anak Akhirnya Dihantar Ke Pusat Kebajikan

Sumber: Portal Sinar Harian

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Ayah Dicekup ‘Rembat’ Barang Kereta, Anak Akhirnya Dihantar Ke Pusat Kebajikan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram