Viral Keluarga Kesihatan Makanan

Ayah Beli Susu Berkultur Untuk Lawas, Akhirnya Anak 4 Tahun Sah Hidap Diabetes

Ayah Beli Susu Berkultur Untuk Lawas, Akhirnya Anak 4 Tahun Sah Hidap Diabetes
Rasaflix

Sharing is caring!

Minuman susu berkultur atau probiotik sering kali dimomokkan sebagai sihat dan bagus untuk tumbesaran kanak-kanak. Walau bagaimanapun, ramai tidak sedar akan bahana yang menanti lebih-lebih lagi terhadap anak kecil memandangkan mereka sangat gemar menikmati minuman ini.

BACA: Reda Bayi 18 Minggu Lahir Tidak Bernyawa, Ibu Pesan Usah Abaikan Asid Folik


6 bulan anak tak lawas buang air, ayah belikan air manis sebagai jalan penyelesaian

Menerusi Facebook Mazila Manshor, seorang kanak-kanak berusia 4 tahun mengalami masalah tidak lawas membuang air sejak 6 bulan lalu. Sebagai langkah penyelesaian, bapanya bertindak memberikan minuman susu berkultur tanpa menyedari ia sebenarnya mempunyai kadar gula tinggi. Minuman itu akan diberikan secara berselang-seli dengan air kotak dan ternyata si kecil terbabit sudah lawas membuang air.

Ayah Beli Susu Berkultur Untuk Lawas, Akhirnya Anak 4 Tahun Sah Hidap Diabetes

Ayah Beli Susu Berkultur Untuk Lawas, Akhirnya Anak 4 Tahun Sah Hidap Diabetes
Gambar Sekadar Hiasan

Asyik tak sihat, rupanya hidap diabetes tahap 2…

Walau bagaimanapun, timbul pula masalah lain apabila kanak-kanak berkenaan mengalami demam, tiada selera makan dan pengsan. Apabila diperiksa, alangkah terkejutnya apabila dia disahkan menghidap kencing manis tahap 2. Lebih menyedihkan apabila bacaan gulanya tidak stabil dan kadangkala mengalami hipoglisemia (hipo).


Ayah Beli Susu Berkultur Untuk Lawas, Akhirnya Anak 4 Tahun Sah Hidap Diabetes

Ayah Beli Susu Berkultur Untuk Lawas, Akhirnya Anak 4 Tahun Sah Hidap Diabetes

Ramai suka minuman begini, jangan percaya sangat pada label khasiat…

Oleh itu, Mazila sempat menitipkan peringatan tidak terlalu mempercayai label khasiat pada minuman manis. Dia juga sedar kebanyakan rakyat Malaysia gemar menikmati minuman dengan kadar gula yang tinggi dan ia juga mudah didapati di pasaran. Wanita ini turut berharap kisah si kecil ini boleh memberikan iktibar kepada ramai pihak.

Ayah Beli Susu Berkultur Untuk Lawas, Akhirnya Anak 4 Tahun Sah Hidap Diabetes

Ayah Beli Susu Berkultur Untuk Lawas, Akhirnya Anak 4 Tahun Sah Hidap Diabetes
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: FB Mazila Manshor


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ayah Beli Susu Berkultur Untuk Lawas, Akhirnya Anak 4 Tahun Sah Hidap Diabetes

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes