Baru-baru ini telah berlakunya hari yang sangat penting buat semua wanita di seluruh dunia iaitu Hari Wanita Sedunia. Pada masa ini para suami ingin menunjukkan penghargaan mereka buat wanita yang digelar isteri. Tidak terlepas juga bekas pemain badminton nombor satu di Malaysia iaitu Datuk Lee Chong Wei yang memberikan ucapan yang sangat sebak buat isterinya yang tercinta.
BACA:Â Hargai Pengorbanan Isteri Lahirkan Anak, Suami Beri Hadiah Rantai Emas RM50K
Saya adalah lelaki yang paling bertuah
Beliau telah dijemput untuk berkongsi momen turun bangun beliau sepanjang bergelar pemain badminton terkenal di dunia. Semasa ucapan beliau, Chong Wei banyak memuji isterinya Datin Wong Mew Choo yang banyak berada di belakang ikon sukan negara itu. “Saya adalah lelaki yang paling bertuah”, itu adalah kata-kata yang dapat diungkap di caption laman tiktok beliau.
Saya melihat video itu dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis
Video yang dikongsi oleh seorang individu yang tidak dikenali itu kelihatan fokus kepada isteri bekas pemain badminton negara yang menitiskan air mata ketika mendengar ucapan yang diberikan oleh suaminya. Chong Wei juga berkata, “apabila saya melihat video itu dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis. Apa lagi yang saya mahu di dunia apabila telah mempunyai wanita ini.”
Datin Wong Mew Chow Tidak Dapat Menahan Sebak
@leechongweiofficial Someone took this video secretly and sent the clip to me. This is a video of her , when I was sharing about the lowest point of my career. I saw this video, instantly I crumbled and cried. What else do I need in life when I have this girl ? Thank you wifey #wongmewchoo . I’m just the luckiest guy in the world. Love you ten thousand years. To all the lovely women around the world, Happy International Women’s Day! #EmbraceEquity
♬ original sound – Lee Chong Wei Official – Lee Chong Wei Official
The way anak dia usap tu…
Rata-rata netizen memuji cara anak mereka mengusap ibunya yang tidak dapat menahan sebak apabila mendengar ucapan yang diberi oleh Chong Wei. Tidak semua anak dapat memahami penat lelah ibu bapa mereka untuk menyara makan & minum sesebuah keluarga. Oleh ibu, pengorbanan seorang wanita sebagai tulang belakang lelaki sangat penting bagi membentuk keluarga bahagia.
Meninjau ruangan komen ada netizen yang mengatakan hanya isteri tahu turun bangkit seorang suami dalam pelbagai situasi.
Kredit: Tiktok LeeChongWei