Keberkatan dan kebahagiaan hidup yang dikecapi adalah berkat usaha diri seiring doa daripada ibu bapa. Sama ada hayat mereka masih dikandung badan atau sudah kembali ke rahmatullah, setiap anak seharusnya mengenang budi orang tua yang selama ini bersusah payah dalam membesarkan anak-anak. Setiap orang mempunyai cara dan kemampuan tersendiri untuk membalas jasa mereka. Begitulah juga usaha seperti yang dilakukan oleh pemuda yang bernama Fahmi Anuar ini.
BACA: “Mereka Sentiasa Beri Kekuatan”-Graduan Gapai Kejayaan Buat Ibu Bapa OKU Bangga
Mama nak sewa, beli belum mampu
Menerusi perkongsiannya di laman Twitter, Fahmi telah menceritakan semula detik-detik indah sewaktu berjaya merealisasikan impian ibunya untuk membeli sebuah rumah. Namun apabila sudah mencapai kejayaan itu, dia terkilan apabila wanita berkenaan tidak sempat menyaksikan pencapaian tersebut.
https://twitter.com/fahmianuarr/status/1206175856139235328?s=19
Paling sedih dia pergi sebulan sebelum konvo
Lebih menyayat hati lagi, pemuda ini telah kehilangan ibunya sebulan sebelum hari konvokesyen yang merupakan detik kemuncak buat dirinya sewaktu bergelar mahasiswa. Ibunya telah dijemput Ilahi setelah 5 tahun bertarung dengan kanser payudara. Mujurlah pemuda ini berada di sisi ibunya saat menghembuskan nafas terakhir.
Teringinnya nak buat kejutan untuk ibu macam ni
Perkongsian tersebut telah mengundang rasa sebak netizen di laman Twitter. Tidak kurang juga, ada yang menjadikan Fahmi sebagai sumber inspirasi untuk membahagiakan ibu mereka sendiri. Sejak dimuat naik pada 15 Disember yang lalu, posting itu telah menjadi tular sehingga mendapat lebih 11 ribu retweets.
Sumber: Twitter fahmianuarr