Berbeza seperti puluhan tahun dahulu, keluarga zaman sekarang lebih cenderung untuk mengupah pembantu rumah warga asing demi memudahkan urusan seharian mereka. Bahkan sehingga kini, ia seolah-olah menjadi satu keperluan penting sampaikan ada yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Ukhuwah rapat seperti itu tidak mustahil terjalin sekiranya mereka yang mesra digelar ‘bibik’ ini sudah bekerja selama bertahun-tahun dengan penuh tanggungjawab.
BACA : Dulu Rajin Post Gambar Ke Media Sosial, Gadis Serik Lepas Kena Pandangan Ain
Rindu sangat-sangat…Tak pernah sedih macam ni
Namun akan tiba satu masa, mereka sendiri menjadi penat dan memilih untuk pulang ke negara asal bagi meneruskan hidup. Perpisahan seperti itu adalah sangat menyakitkan dan ia turut dikongsikan oleh seorang wanita bernama Yatie di Instagramnya. Keputusan pembantu rumahnya untuk berhenti kerja ternyata begitu mengejutkan seisi keluarga. Bahkan wanita ini terpaksa menipu anaknya, Dinda tentang pemergian sebenar Bibik untuk mengelakkan dia daripada mengalami demam rindu kelak.
Apa bibik buat saya tak marah…Anggap macam keluarga
Sudah menjaga kanak-kanak itu semenjak bayi lagi, maka tidak hairanlah Dinda menjadi begitu sedih apabila mendapat tahu berita tersebut. Bagi Yatie pula, pemergian Bibik membuatkan dirinya seakan hilang peneman sewaktu suka dan duka kerana mereka banyak menghabiskan masa bersama sebelum ini. Bagi orang luar, mungkin hubungan dengan seorang bibik cumalah sekadar pekerja dan majikan sahaja. Namun wanita ini pula telah menganggap pembantu rumahnya itu seperti sebahagian daripada keluarga.
Sumber : Instagram yatiekitchen