Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Anak Pemandu Lori Sampah Raih STPM 3.84, Ramai Tak Sedar Kelebihan Masuk Form 6

25th February 2020
in Viral
Anak Pemandu Lori Sampah Raih STPM 3.84, Ramai Tak Sedar Kelebihan Masuk Form 6
597
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bersempena dengan pengumuman keputusan peperiksaan STPM yang dibuat pada hari ini, ramai pelajar bersorak kerana penat lelah mereka seakan terbayar apabila meraih gred cemerlang. Bukan sahaja kegembiraan buat diri sendiri, malahan ia adalah hadiah yang diberikan khas kepada ibu bapa mereka. Tidak ketinggalan, seorang pelajar orang asli turut meraih kecemerlangan sama menerusi peperiksaan Tingkatan 6 tersebut.

BACA : Gagal Dapat Offer IPTA? Jangan Masuk Universiti Swasta Kalau Family Tak Kaya

Berjaya raih 3.84…Cemerlang semua subjek

Menerusi laporan Harian Metro, Nuraini Jalaluddin berjaya meraih keputusan 3.84 iaitu mendapat semua A bagi keseluruhan subjek. Difahamkan juga, ayahnya telah bekerja selama 33 tahun sebagai pemandu lori sampah manakala si ibu pula bergelar suri rumah sepenuh masa. Dilahirkan dalam keluarga sederhana, dia terus menyimpan harapan untuk mengubah nasib keluarganya melalui pendidikan.

Anak Pemandu Lori Sampah Raih STPM 3.84, Ramai Tak Sedar Kelebihan Masuk Form 6
Kredit Foto : Harian Metro

 

Simpan harapan menjadi guru…Boleh bantu anak orang asli

Selain itu, pelajar berusia 20 tahun berkenaan sempat juga memberitahu mengenai perancangan masa depannya. Kata Nuraini, dia mahu mengejar cita-cita sebagai guru yang nantinya boleh berkhidmat untuk meningkatkan taraf pendidikan anak-anak orang asli.

Anak Pemandu Lori Sampah Raih STPM 3.84, Ramai Tak Sedar Kelebihan Masuk Form 6
Gambar sekadar hiasan

 

Ramai pandang rendah budak STPM

Meskipun kejayaan pelajar STPM sering menjadi bualan, namun masih ada pihak yang suka memandang rendah kononnya pengajian tersebut tidak bagus. Jadi mungkin anda boleh fahamkan perkongsian seorang pendidik bernama Cikgu Hailmi tentang kelebihan memilih aliran Tingkatan 6. Bukan sahaja menjimatkan kos kerana yurannya begitu murah, malahan tempoh untuk melangkah ke menara gading dalam peringkat ijazah adalah lebih pendek.

Anak Pemandu Lori Sampah Raih STPM 3.84, Ramai Tak Sedar Kelebihan Masuk Form 6

Anak Pemandu Lori Sampah Raih STPM 3.84, Ramai Tak Sedar Kelebihan Masuk Form 6
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Harian Metro dan Blog Cikgu Hailmi

Tags: 3.84cikgudegreeform 6kelebihanstpmtingkatan 6
Next Post
Anak Pemandu Lori Sampah Raih STPM 3.84, Ramai Tak Sedar Kelebihan Masuk Form 6

Penangan Viral Video Merangkak, Ibu Murid Tampil Jumpa Ustazah & Mohon Maaf

Kurung Kedah Sulam Premium, Elegan & Selesa!
Kerusi Gaming Ergonomik Selesa & Tahan Lama

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)