Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

25th February 2020
in Keibubapaan, Viral
Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas
585
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak dahulu lagi, tugas selaku pendidik merupakan antara karier yang paling mencabar tapi bermakna di dunia ini. Walaupun terpaksa bersengkang mata mempersiapkan segala kelengkapan mengajar dan ada kalanya dimarah ibu bapa, golongan ini sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kejayaan pelajarnya ibarat lilin yang membakar diri. Namun begitu, kejadian yang telah menimpa seorang ustazah di sebuah sekolah agama baru-baru ini nyata membuatkan ramai pihak tergamam.

BACA: Guru Ini Dedah Sikap Buruk Ibu Bapa Tipu Nilai Gaji, Tamak Bantuan Sekolah Anak

Berang anak didenda…ustazah dihukum merangkak pusing kelas

Sejak pagi tadi, video yang dirakam oleh ibu kepada salah seorang anak murid di sekolah berkenaan menjadi tular apabila menerjah sebuah bilik darjah dan menyuruh seorang guru agama merangkak di dalam kelas. Difahamkan, kemarahannya berpunca susulan aduan daripada anaknya yang sudah trauma untuk hadir ke sekolah gara-gara didenda ustazah tersebut. Malahan pihak perakam juga mendakwa bahawa cahaya matanya telah cedera hingga sukar mengambil wuduk untuk solat.

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Anak murid lain tengok & merangkak sama

Tanpa memberikan sebarang respon balas, pendidik yang memakai baju kurung serta tudung berwarna ungu itu akhirnya menuruti sahaja permintaan wanita terbabit. Sambil gelagatnya diperhatikan, beberapa murid lelaki dan perempuan turut serta merangkak bersama ustazah itu di dalam kelas mereka. Bilangan mereka juga semakin bertambah tak lama selepas itu.

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Ramai guru kecewa…tapi salute anak-anak yang ikut ustazah

Entah di mana silapnya, rakaman berdurasi 2 minit 17 saat itu telah dikongsi lebih 7 ribu kali setakat ini sekali gus mendapat perhatian ramai pihak. Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan ibu berkenaan gara-gara terus menghukum guru yang mendidik anaknya tanpa sebarang usul periksa terlebih dahulu. Selain itu, mereka turut memuji sikap kanak-kanak di dalam kelas berkenaan yang setia menyokong guru mereka meskipun berhadapan situasi mencemaskan seperti itu.

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

Sumber: FB Asmahadi As Ad-Dimasyiqi

Tags: anakcederakelasmuridpusingustazah
Next Post
Anak Mengadu Teruk Dimarah, Ibu Terjah & Denda Ustazah Merangkak Satu Kelas

[FOTO] Hiasi Muka Depan Majalah Popular, Rupa Anggun Cik B Buat Ramai Terkesima

Probiotik Berkhasiat dengan Vitamin C & Niacinamide!
Smartphone Terbaik dengan Bateri Tahan Lama & Cas Pantas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)