Anak-anak sangat dikenali dengan kelincahan dan sikap aktif mereka yang mampu membuat golongan dewasa berasa letih dan pening untuk melayan telatah mereka. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting terutamanya jika anak mereka melakukan perkara diluar jangkaan atau menganggu orang sekeliling.
BACA: “Dorang Bayar Makan Bukan Nak Dengar Anak Kita Menangis” Betty Bidas Cikgu Ayu
“Sebab Tu Parenting Control Ni Penting, Jadi Macam Ni La”
Ini merupakan sebahagian caption dari posting yang dimuat naik oleh Faiz di laman Twitter milik beliau. Video itu mempamerkan kelincahan seorang budak yang selamba memanjat kereta yang diparking di luar pagar rumah. Kanak-kanak itu memanjat kereta seperti sedang bermain di taman permainan tanpa menghiraukan orang sekeliling. Selepas mereka nampak kelibat kereta yang ingin parking sebelah berdekatan dengan tempat yang dipanjatnya, dengan kelam kabut budak itu turun dari situ dan hilangkan diri dari kawasan rumah Faiz.
“Boleh pecah cermin tu”
Meninjau ruangan komen ada netizen yang berkata tindakan kanak-kanak itu boleh mengakibatkan cermin kereta Saga itu pecah. Balas Faiz, “Ye, bukannya makpak depa nak ganti kalau pecah”. Apa yang membuatkan kanak-kanak itu turun dari kereta itu adalah kerana Faris adik kepada Faiz yang merupakan pemilik video ini telah menjerit kepada mereka dan terus lari masuk ke dalam rumah.
Ramai netizen berkongsi pengalaman
Rata-rata netizen di ruangan komen berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan situasi yang dialami sekarang. Ada yang bercerita kereta mereka terkena bola yang disepak oleh kanak-kanak di taman perumahannya. Lebih membuatkan mereka geram adalah kerana teguran itu telah diberikan banyak kali tapi kanak-kanak itu hanya mengendahkannya.
https://twitter.com/faiizaizat/status/1635589344470892544
Kredit: Twitter @faiizaizat