Kecomelan Aaisyah Dhia Rana, anak kepada pelakon serta usahawan terkenal Rozita Che Wan dan Zain Saidin kerap menjadi perhatian warganet. Gelagatnya yang petah bercakap serta bijak seringkali tular di pelbagai platform media sosial terutama Instagram.
BACA:Â [VIDEO] Aeril Zafrel Positif COVID-19, Anak Nangis Masa Swab Test Undang Sayu
Isu COVID-19 dah makin teruk…Ecah pesan suruh duduk rumah diam-diam macam diri dia
Dalam pada itu, Aaisyah sangat dikenali dengan mulutnya yang kuat membebel itu telah membuat pesanan ringkas kepada orang di luar sana. Dia meminta agar semua orang tidak keluar dari rumah kerana COVID-19 sudah semakin meningkat dari hari ke hari. Apakan daya, si cilik itu juga terpaksa duduk di rumah walaupun membosankan.
Che Ta tanya betul ke Ecah bosan duduk rumah…tiap hari asyik main makeup takkan bosan
Menerusi klip video itu juga, Che Ta saja menanyakan adakah benar Aaisyah bosan di rumah. Difahamkan, Aaisyah hampir setiap hari melakukan aktiviti bermain barangan makeup jadi agak pelik jika anaknya itu bosan. Seperti tidak bersetuju dengan kata-kata si ibu, dia mengeluh dan tetap dengan pendiriannya mengatakan dia bosan bermain makeup.Â
Cerdiknya Ustazah Aaisyah ni…pakai telekung bubuh eyeshadow ke tu?
Meraih puluhan ribu jumlah tontonan, netizen memuji kecerdikan si cilik itu berkata-kata. Melihat puteri kesayangan Che Ta menyarungkan telekung berwarna merah, mereka sempat berseloroh dengan memanggilnya Ustazah Aaisyah.
Sumber: Instagram aaisyahdhiarana11Â