Inspirasi Viral

Alat Perlindungan Dah Sikit, Staf KKM Rela Sarung Plastik Sampah Rawat COVID-19

Alat Perlindungan Dah Sikit, Staf KKM Rela Sarung Plastik Sampah Rawat COVID-19

Sharing is caring!

Meskipun bulan Mac 2020 belum menghampiri penghujungnya, namun kita telah dihidangkan dengan pelbagai berita menyayat hati khususnya melibatkan isu COVID-19. Tak cukup dengan pemergian 8 individu semalam, seluruh negara telah dikejutkan pula dengan kematian pertama dalam kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang doktor perubatan KKM sekitar pagi tadi.

BACA: Sanggup Tipu COVID-19 Demi Dapat MC, Doktor Hilang Sabar Hadap Sikap Orang Awam

Bekalan PPE makin kurang seluruh negara…terpaksa sarung plastik sampah elak jangkitan

Susulan peningkatan jumlah kumulatif positif wabak pandemik berkenaan. rata-rata pusat perubatan di negara ini didakwa mengalami kekurangan bekalan topeng penutup hidung dan mulut serta peralatan perlindungan diri (PPE) dalam berdepan situasi mengawal individu yang terjejas. Baru-baru ini pula, tular mengenai sebuah video yang memaparkan beberapa petugas kesihatan yang terpaksa melindungi diri berbekalkan plastik sampah sahaja.

Alat Perlindungan Dah Sikit, Staf KKM Rela Sarung Plastik Sampah Rawat COVID-19

Alat Perlindungan Dah Sikit, Staf KKM Rela Sarung Plastik Sampah Rawat COVID-19

Tiada yang membantah…pengorbanan sebagai frontliners

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook yang dikenali sebagai Sera ini, mereka dilihat tidak mempertikai langsung keputusan itu. Bahan itu dipotong dan diletakkan kemas selaku alat perlindungan di kepala setiap para petugas di pusat perubatan berkenaan. Dalam coretannya lagi, wanita ini berharap agar masyarakat tidak lagi memperlekeh sebarang usaha dan pengorbanan golongan frontliners yang sanggup mempertaruhkan nyawa dalam situasi terbabit demi menyelamatkan setiap orang. Sehinggan kini, video itu telah mendapat lebih 28 ribu perkongsian setakat ini.

Alat Perlindungan Dah Sikit, Staf KKM Rela Sarung Plastik Sampah Rawat COVID-19

Sumber: FB Sera Bagus & IG kkmm_gov

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Alat Perlindungan Dah Sikit, Staf KKM Rela Sarung Plastik Sampah Rawat COVID-19

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram