Pengalaman dan perasaan sedih kehilangan insan tersayang sememangnya sukar untuk digambarkan dan ia hanya dirasai oleh mereka yang pernah melaluinya sahaja. Kasih sayang yang sudah terjalin sejak sekian lama tidak mungkin dapat dihapuskan begitu sahaja. Berat untuk ditelan, itulah yang dilalui oleh gadis bernama Nur Natasha apabila diuji dengan pemergian ibu tercinta beberapa tahun lalu.
BACA :Â Diuji Lahir Usus Atas Paru-Paru, Siti Aisyah Akhirnya Dijemput Ilahi..
Dah takda ibu & sekarang aku tak nak hilang ayah pula..
Malangnya, dia sekali lagi diuji apabila ayahnya mempunyai masalah kesihatan yang kronik dan membutuhkan rawatan. Mengenangkan insan itulah satu-satunya ‘harta peninggalan’ yang diharapkan, dia sanggup melakukan apa sahaja asalkan ayahnya kembali sihat seperti dahulu. Malah tiada apa yang dia harapkan melainkan doa daripada orang ramai.
Buntu mengenangkan kos rawatan yang tinggi..
Menurut Natasha, pergerakan ayahnya kini agak terbatas berikutan keadaan buah pinggangnya yang semakin teruk dan turut mengalami komplikasi di bahagian pundi kencing. Tambah remaja ini lagi, dia kini sedang berusaha keras dalam mengumpulkan wang selain mengharapkan ehsan sumbangan daripada orang ramai bagi mencukupkan jumlah kos rawatan ayahnya.
Moga permudahkan, aku faham sebab aku pun dalam situasi yang sama
Dikongsi sejak semalam, posting tersebut setakat ini meraih lebih 6,000 retweets dan dihujani pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka dilihat memberikan kata semangat buat gadis ini. Tidak terkecuali juga yang mendoakan dan berharap agar ayahnya beransur pulih seperti sedia kala.
Sumber : Twitter nrnantsha