Seorang wanita berdepan dengan situasi mengejutkan apabila tindakannya berhenti disebuah stesen minyak untuk menggunakan tandas awam tidak semena-mena dirinya diintai seorang pemuda berusia 20 tahun yang bertindak merakamnya mengunakan telefon bimbit.
Cubaan berhenti di tandas awam wanita bertukar ‘seram’
Wanita tersebut yang datang dari Lahad Datu ingin bertolak ke Kinabalu pada jam 8 malam berdepan dengan situasi mengejutkan di sebuah stesen minyak pada jam 12.50 pagi. Dia yang berhenti di stesen minyak tersebut kerana ingin menggunakan tandas awam wanita bertukar menjadi kejadian mengejutkan buatnya apabila perlu berhadapan dengan situasi yang akhirnya juga mengundang kemarahannya.
“Kami berhenti untuk ke tandas, saya pergi ke tandas wanita dimana ada dua tandas didalam. Saya pergi ke tandas paling hujung. Tapi malangnya tandas tersebut terkunci.” Tambah wanita terbabit yang awalnya menyangka ia dikunci oleh pihak stesen minyak tersebut yang membuatkan dia perlu menggunakan tandas sebelah.
Lihat air di lantai, nampak kelibat
Ketika menggunakan tandas tersebut, dia melihat kelibat bergerak-gerak menerusi air di lantai menerusi tandas disebelah. Jadi dirinya mulai merasa pelik kerana tidak mendengarkan sebarang bunyi air ditandas sebelahnya itu dan membuatkan dia seram namun bertindak melihat ke atas.
Jenis tandas terbuka atas dan bawah
Wanita terbabit bagaimanapun terkejut kerana terdapat kamera telefon menghala tepat ke arahnya yang membuatkan dia sempat berteriak. Katanya juga, dia dengan pantas bersiap-siap dan terus pergi ke tandas sebelah dan memaksa orang didalam untuk keluar.
“Aku padam kak”
Dia bagaimanapun sekali lagi terkejut juga apabila pelaku yang merakam adalah lelaki berusia 20 tahun yang sekali gus membuatkan dia merasa pelik kerana pelaku tersebut memasuki tandas wanita. Kongsinya juga, ayat pertama dikeluarkan lelaki itu adalah “Aku padam kak”.
@ellejohniasmat ‼️AMARAN KEPADA PEREMPUAN DILUAR SANA 😱 Pada 29/4/2023 saya dari lahad datu betolak ke kota kinabalu pukul 8 malam dan sampai di petronas ranau pukul 12:50am..kami berhenti untuk ke tandas..saya pergi ke tandas wanita dimana ada 2 tandas didalam..saya pergi ke tandas paling hujung..tapi malangnya tandas tersebut terkunci, mulanya saya berfikir pihak petronas mengunci tandas tersebut..saya pergi ke tandas sebelah..apabila saya sedang buang air kecil,saya terlihat melalui air di lantai,kelibat bergerak2 di tandas sebelah..saya mula pelik sebab bunyi air disebelah pun tiada. Saya berasa seram terdetik dalam hati untuk menoleh ke atas tandas (jenis tandas terbuka atas & bawah) alangkah terkejutnya saya apabila melihat camera telefon menghala tepat ke arah saya..saya sempat teriak hoiii!! Lepas tu saya cepat2 bersiap untuk pergi sebelah dan paksa orang tersebut keluar..namun tiada respond.sampailah saya menendang beberapa kali pintu tandas sehingga pintu terbuka dan saya terkejut rupanya yang merakam tadi adalah seorang lelaki berumur 20tahun & yang peliknya dia masuk ke dalam tandas wanita. Ayat yang pertama dia sebut..”aku padam kak” tapi saya terus rampas telefonnya dari tangannya dan terus memanggil suami saya d parking kereta petronas . Kami terus bawa ke balai polis ranau untuk tindakan selanjutnya..dan video tersebut telah diserahkan kepada pihak polis untuk dijadikan bahan bukti..saya minta post ini diviralkan agar tiada lagi wanita2 diluar sana yang menjadi mangsa seperti saya.mohon jadikan iktibar dan hati2 menggunakan tandas awam #MySabah
Rampas dan hantar ke balai polis
Wanita ini bagaimanapun terus memanggil suaminya dan sempat merampas telefon digunakan pelaku itu serta menyerahkan bukti tersebut kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. Perkongsian wanita terbabit tentang kejadian malang menimpanya itu membuatkan tindakannya mendapat pujian warganet. Kejadian yang menimpanya membuatkan dia juga tampil di media sosial untuk memberikan peringatan buat para wanita.
Sumber: TikTok Ellejohniasmat