Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Aksi Mesra Semasa Umrah, Shuk Sahar Bagi Effort Lebih Untuk Pujuk Sera

12th January 2023
in Artis, Berita Semasa, Cinta & Perhubungan, Viral
Aksi Mesra Semasa Umrah, Shuk Sahar Bagi Effort Lebih Untuk Pujuk Sera
764
SHARES
4.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Umum sedia tahu rumah tangga pasangan Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar dan isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah (lebih mesra disapa Sera) kini telah kembali pulih setelah mereka mengerjakan umrah bersama-sama. Setelah diduga dengan kehadiran orang ketiga, kehilangan punca pendapatan dan rumah kediaman mereka, namun mereka kelihatan cuba memperbaik keadaan. Menerusi video yang dikongsi di laman TikTok Sera, Shuk nampaknya tidak melepaskan peluang untuk memujuk isterinya agar tidak lagi bersedih dek perkara yang lepas.

BACA: Kahwin Bukan Sekadar Tuntut Hak, Tapi Untuk Bawa Masing-Masing Ke Syurga Allah

Menerusi video tersebut, Shuk kelihatan telah memeluk erat bahu Sera ketika bersiar-siar di Kota Suci Mekah. Ini membuatkan netizen teruja dan tumpang bahagia dengan hubungan mereka yang kembali pulih berbanding sebelum ini.

Aksi Mesra Semasa Umrah, Shuk Sahar Bagi Effort Lebih Untuk Pujuk Sera

Di dalam video tersebut juga Shuk sempat berseloroh dan tujukan satu pickupline untuk isterinya. Ini mungkin salah satu effort Shuk untuk kembali menambat hati isterinya itu. Di dalam pickupline tersebut, Shuk bertanya,

“Apa persamaan Masjid Quba dengan dia (Sera)?

Dengan tujuan mengambil hati isterinya itu, Shuk dengan romantis menjawab,

“Masjid Quba adalah masjid pertama dibina oleh baginda Rasulullah, you adalah orang pertama kita bina rumahtangga bersama”

 

@rossa.sera

Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023. Dijemput sebagai tetamu Allah💜 #fyp

♬ เสียงต้นฉบับ – tpxd_8g – tpxd_8g

Alahai, melting betul tengok gelagat Shuk yang cuba memujuk Sera. Sera juga kelihatan sangat teruja dengan tingkah laku Shuk yang sangat ikhlas untuk kembali ke pangkuannya. Menerusi video tersebut juga kelihatan Sera tidak kekok menyuap strawberi kepada Shuk. Diharap kemesraan yang terjalin dapat dipupuk dan diteruskan sehingga balik dari umrah nanti. Sera juga menggangap semua yang berlaku itu adalah satu permulaan yang baik buat mereka.

Aksi Mesra Semasa Umrah, Shuk Sahar Bagi Effort Lebih Untuk Pujuk Sera

“Alhamdulillah, permulaan yang baik buat 2023” – Sera

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen senang dengan perubahan mereka dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

Aksi Mesra Semasa Umrah, Shuk Sahar Bagi Effort Lebih Untuk Pujuk Sera

Kredit: TikTok Sera

Tags: ceraikahwinSerashukskandal
Next Post
Aksi Mesra Semasa Umrah, Shuk Sahar Bagi Effort Lebih Untuk Pujuk Sera

[VIDEO]Bertelekung Plastik Waktu Solat Di Tepi Jalan, Adik Ini Buat Ramai Kagum

Sarung Bawal Instant Selesa & Bergaya
Telefon Pintar Terbaik dengan Bateri Tahan Lama & Kamera Hebat!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)