Siapa tidak kenal dengan couple selebriti popular, Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang sering menjadi perhatian di media sosial terutamanya Instagram. Bukan sahaja sentiasa nampak romantis, malah ramai yang jatuh cinta melihat relationship goals suami isteri tersebut. Biarpun pernah merasai kepayahan hidup semasa awal perkahwinan, namun ia tidak menjadi penghalang untuk mengekalkan hubungan indah itu sehingga ke hari ini.
BACA: [VIDEO] “Comelnya Wawa Zainal, Kat Cermin Tu Buat Apa?”-Behind The Scene Tiktok
Tak kisah perempuan tahu masak atau sebaliknya..lelaki kalau lapar, dia order je makanan
Terbaru menerusi Instagram, Aeril Zafril dilihat memberikan pendapat selepas mendengar kenalannya yang ingin berkahwin mengadu tidak tahu memasak. Sambil berceloteh panjang, selebriti lelaki ini sempat bergurau kononnya sanggup menerima isterinya walaupun kurang mahir bab tersebut. Terkejut ‘aib’ berkenaan didedahkan, laju sahaja tangan aktres berkenaan menekup mulut suaminya. Sementara itu, Wawa Zainal mengakui pernah membeli buku masakan yang tebal semata-mata nak belajar memasak.
Janji ada effort nak belajar memasak, bukan goyang kaki lepas tu nak pandai
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat kebahagiaan dan kemesraan antara Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Selain bersetuju perkara itu boleh dipelajari, ada juga antara mereka yang mengakui tidak tahu memasak pada awal perkahwinan. Secara keseluruhan, paparan tersebut telah meraih lebih 500 ribu jumlah tontonan setakat ini.
Sumber: Instagram w4w4_zainal