Tatkala pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhempas untuk melawan fenomena COVID-19 yang semakin meruncing, siapa menduga sesetengah netizen masih merasakan semuanya tidak cukup. Meskipun kita sudah didedahkan dengan realiti kepenatan petugas kesihatan, ada yang terus membandingkan usaha Malaysia dengan negara barat lain dalam mendepani koronavirus.
BACA :Â Petugas Frontliners Kita Sudah Penat, Hampir Tumbang, Cleaner Pun Menangis…
Ada yang pertikai usaha Malaysia tak sebagus UK & US
Usaha membendung COVID-19 dilakukan secara konsisten
Namun begitu, perkongsian daripada seorang doktor bernama Jason Hassenstab ini seakan-akan menepis dakwaan tersebut. Beberapa hari lalu, pakar perubatan yang berasal dari Amerika Syarikat (United State) ini menulis coretan panjang tentang pengalamannya sewaktu melancong di Malaysia.
Petugas KLIA menekankan tentang social distancing
Nampaknya beliau sangat kagum kerana tidak kira di mana saja tempatnya, langkah untuk membendung COVID-19 begitu giat dijalankan. Misalnya di KLIA, dapat disaksikan petugas kita terus menekankan tentang kepentingan social distancing dan meletakkan tape di kerusi agar orang awam menjaga jarak masing-masing.
Usaha keras Malaysia lawak COVID-19 boleh jadi contoh
Dalam pada itu. Dr Jason Hassenstab sempat membandingkan situasi berkenaan dengan sebuah pusat penerbangan paling sibuk di dunia yang bertempat di Atlanta. Berbeza dengan KLIA, mereka tidak menekankan tentang aspek penggunaan hand sanitizers apalagi melaksanakan social distancing. Kebanyakan kedai masih lagi dibuka seperti biasa dan orang ramai berkelakuan seperti tiada apa-apa. Di hujung coretan ini, beliau menyifatkan usaha keras Malaysia membendung penularan COVID-19 boleh dijadikansebagai contoh.
Kami terbang dari Tokyo. Ada penumpang tunjukkan simptom siap demam and muntah. Tapi lepas team medic sampai, dia cuma dipakaikan topeng muka. 99% penumpang yang baru turun penerbangan antarabangsa, semua diberi pelepasan pergi tanpa apa-apa pemeriksaan terperinci.Â
Sumber : Twitter Jasson Hassenstab, ayam