Setiap kali konflik rumah tangga di kalangan artis naik, semestinya satu nama akan meniti di bibir netizen. Abby Abadi akui namanya sentiasa terkait dan sejujurnya dia tidak kisah namun apabila kisah lamanya itu disebut-sebut dan ditokok-tambah, dia rasa terkilan.
BACA : Tular Budak ‘Spray’ B*bi Di Kereta, Kini Diburu Polis
Melalui hantaran terbarunya di Tiktok, @abbyabadi112, Abby Abadi memperjelaskan isu rumah tangganya dulu tidak seperti yang dicanang-canangkan oleh netizen. Malah, dia kesal bila ada netizen yang menambah perisa dengan mempersalahkannya di atas kejadian lepas. Abby Abadi juga menyatakan bahawa bekas suaminya bernasib baik kerana dia kurang bercerita ketika kejadian tersebut berlaku.
@abbyabadi112 Oh Malaysiakuuuu.. Bila ada isu rumah tangga dikalangan artis, ada yg curang.. mesti terkaittt & dikaitkan juga dengan sy ye. Sy buat video seronok2 pun mcm2 org kata.. Sy ok je kalau cakap yg indah2 takpe.. Ini memandai2 kata itu ini, siap bg contoh kisah sy tu pastuuu sambung fitnah pada sy dulu, mcm sy pulak yg bersalah…. ewah ewahh.. Jadi sy nk jawab : yg sejujurnya dulu sy tak pernah serang siapa2. tak pernah ya sbb sy taktahu siapa org keriga, ke empat semua tuu.. sbb sy tak berjaya cek hp ex & tak berjaya menjejaki gerak geri gasing dia waktu itu sbb dia kata dia busy shooting ya… & ex tuuu mmg jenis lari2 dan tak balik2.. Jadinya, sy banyak taktahu sebelum…….jeng jeng jengggg 🫢 Yg kata sy serang ex dekat lokasi shooting, sy mencari je sbb lama tak jumpa & nk kan penjelasan. Takde bawa senjata apapun.. Dan bila jumpa org kata sy marah2, nangis2, dah tuuuu? takkan sy nk seronok2 kalau ex tak balik2 & sampai dah nk bercerai bagai? 👀👻 Aduhh laaa Akak2 bawanggg.. , Achik2 & Abang2 bawang.. tlglah jangan lebih tahu ya. Sy yg melaluinya. Jadi jawapan/ segalanya semua dengan sy. Apa yg sy buleh cakap sy tak bercerita banyak benda.. TERLALU BANYAK! simpan lama ni…Terlaluuu banyak yg hanya sy & ALLAH yg tahu. Family pun taktahu. Arwah Mak & Ayahpun taktahu ..Adik beradik pun taktahu, Anak2 pun taktahu. Jadi jangan buat palatao ok 👻 pe: video sekadar hiasan 🫢😝
Abby Abadi berkongsi yang dia tidak pernah menyerang sesiapa kerana tidak berjaya memeriksa telefon bimbit dan pergerakan bekas suaminya. Malah, identiti orang ketiga atau keempat juga tidak diketahuinya kerana tidak mempunyai apa-apa maklumat. Jadi, isu dia menyerang sesiapa tidak benar sama sekali.
“Ex tu memang jenis lari-lari dan tak balik-balik. Jadinya saya banyak tak tahu sebelum….jeng jeng jeng..”
Dia juga menafikan menyerang bekas suami di lokasi penggambaraan dan membawa ‘barang’ kerana dia hanya mencarinya sahaja setelah sekian lama tidak berjumpa. Soal marah-marah dan menangis di lokasi itu, dia mengakui beremosi apabila berjumpa bekas suami kerana ingin mendapatkan penjelasan.
“Takkan saya nak seronok-seronok kalau ex tak balik-balik dan sampai dah nak berc*rai bagai?”
Akhir kata, Abby Abadi berharap netizen untuk tidak lebih sudu dari kuah kerana apa yang berlaku dilaluinya sendiri dan dia lebih selesa untuk tidak bercerita. Kisah yang pernah berlaku terlalu banyak tidak diceritakan, hanya dia dan Allah swt sahaja tahu. Keluarga terdekat mahupun ibu bapa, adik-beradiknya juga tidak diceritakan perkara sebenar. Jadi, Abby Abadi memohon netizen untuk berhenti menokok-tambah konflik rumah tangganya yang dulu.
Berikut merupakan antara komen-komen dari netizen, rata-rata bersetuju dengan kenyataannya serta berpendapat kisah lama tak perlu diungkitkan lagi. Mereka seronok melihat Abby Abadi dan keluarga kini lebih bahagia.
Sumber : Tiktok @abbyabadi112