Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan Psikiatri

26th March 2023
in Artis, Viral
Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan Psikiatri
1.1k
SHARES
6k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Kemelut rumah tangga yang masih berterusan di antara pelakon lelaki popular tanah air Hafiz Roshdi dan bekas isterinya Shuhada Shukri belum menunjukkan sinar penghujung. Rumah tangga yang terbina sejak 30 April 2016 ini dikatakan teruji dek kerana pihak ketiga yang juga tular menyampai surat saman kepada Shuhada lewat petang kelmarin ( 25 Mac ). Belum reda dengan isu saman tersebut, media sekali lagi dikejutkan dengan kesihatan psikologi anak sulung kepada bekas pasangan tersebut iaitu Humairah.

BACA: Penyondol Hantar Surat Saman, Bekas Isteri Hafiz Roshdi Risau Tak Mampu Bayar

Anak Sulung Perlu Jalan Rawatan Psikiatri

Menerusi temubual bersama media, Shuhada telah mendedahkan bahawa anak perempuannya yang berusia 6 tahun itu perlu mendapatkan rawatan dI Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis dek kerana perubahan yang berlaku kepada diri cahaya mata beliau. Bekas isteri Hafiz Roshdi yang kini berusia 29 tahun itu mendedahkan hal ini terjadi selepas Humairah telah mula mengetahui keadaan sebenarnya dan bekas suami selain kerap bertanya pelbagai soalan berkenaan perkara tersebut.

Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan Psikiatri

Perubahan Sikap Dalam Diri Humairah

Tambahnya lagi, perubahan dalam diri anak sulungnya itu dapat dilihat melalui mata yang menunjukkan rasa sedih. Hal ini amat berbeza dari sebelum ini kerana Humairah merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan yakin. Menurut Shuhada, anak perempuannya itu turut berkelakuan seperti bayi di mana dia menginginkan perhatian yang lebih daripadanya sedangkan Humairah merupakan anak sulung.

Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan PsikiatriJangan Terlalu Bercerita Berkenaan Kemelut Rumah Tangga

Menutup bicara, usahawan wanita itu juga berkongsi nasihat doktor yang merawat anaknya di mana pakar kesihatan tersebut menasihati Shuhada agar tidak terlalu bercerita berkenaan kemelut rumah tangga di hadapan anak-anak dan menggalakkan aktiviti yang digemari mereka.

Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan PsikiatriKredit: Mstar

Tags: ceraihafiz roshdipsikiatrirumah tanggashuhada syukri

Related Posts

Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan Psikiatri
Artis

“Saya Dihamilkan Oleh Seorang Artis Malaysia & Dia Paksa Gugurkan Kandungan”

7th June 2023
Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan Psikiatri
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan Psikiatri
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan Psikiatri
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan Psikiatri
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Next Post
Terkesan Isu Cerai, Anak Hafiz Roshdi Dan Shuhada Perlu Rawatan Psikiatri

Makan Semangkuk Dengan Kucing, Ramai Kembang Tekak Tengok Nabila Huda Berselera

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)