Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

4 Tahun Akrab Akhirnya Kena Friendzone, Lelaki Failkan Saman Pada Kawan Wanita

2nd February 2023
in Berita Semasa, Cinta & Perhubungan
732
SHARES
4.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Tak dinafikan, ramai individu akui bahawa golongan lelaki dan perempuan tidak boleh berkawan terlalu rapat kerana takut andai salah seorang bakal menyimpan rasa suka. Tanpa disangka, ia akan merosakkan persahabatan sekiranya ada yang sudah mula meluahkan rasa di hati. Samalah juga dengan kejadian yang menimpa individu ini.

BACA: Isu Aliff Aziz, Abil Tampil Sound-Sini Aku Ganyang Mengada Tersuka Laki Orang

4 tahun kawan tapi baru tahu rupanya hanya bertepuk sebelah tangan

Menerusi portal Harian Metro, seorang lelaki warga Singapura yang dikenali sebagai K Kawshigan telah mengancam tindakan saman terhadap Nora Tan selepas pelawaan untuk berjanji temu telah ditolak. Hal ini berlaku ekoran salah faham mengenai hubungan akrab antara mereka, apabila lelaki berkenaan menyangka persahabatan yang terjalin selama lebih 4 tahun itu atas perasaan cinta.

4 Tahun Akrab Akhirnya Kena Friendzone, Lelaki Failkan Saman Pada Kawan Wanita
Gambar Sekadar Hiasan

Saman pertama dibuat lepas lelaki itu mengalami tekanan emosi dan trauma

Difahamkan hubungan mesra selepas bertemu pada 2016 bagaimanapun telah berakhir pada 2020. Keadaan ini telah menyebabkan Kawshingan nekad membuat tuntutan saman selepas mengalami tekanan emosi serta trauma kepada hidupnya. Difahamkan sejumlah AS$ 2.3 juta (kira-kira RM9.7 juta) tuntutan telah dibuat terhadap Tan berhubung isu berkenaan.

4 Tahun Akrab Akhirnya Kena Friendzone, Lelaki Failkan Saman Pada Kawan Wanita
Gambar Sekadar Hiasan

Tuntuan kedua telah ditolak kerana menyifatkan saman tersebut tidak berasas

Bukan itu sahaja, bahkan lelaki tersebut turut minta ganti rugi sebanyak AS$ 16,700 (anggaran RM70,674) kerana tidak mematuhi perjanjian untuk perbaiki hubungan selepas Tan berhenti menghadiri sesi kaunseling. Bagaimanapun tuntutan ke-2 itu tidak diterima mahkamah majistret dan menggelar saman itu secara nyata tidak berasas. Dalam pada itu, pengurusan saman pertama ditetapkan 9 Februari ini.

4 Tahun Akrab Akhirnya Kena Friendzone, Lelaki Failkan Saman Pada Kawan Wanita
Gambar Sekadar Hiasan

Kredit: Portal Harian Metro 

Tags: friendzonekawanmurungpersahatansaman
Next Post

Ditinggal Pada Usia 30 Hari, Adik Beradik Madammu Akhirnya Bertemu Dengan Bapa

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)