Rasa rindu kepada seseorang yang kita sayang adalah sangat pedih, lebih-lebih lagi apabila insan tersebut berada jauh dari pandangan mata atau telah pergi buat selama-selamanya. Hal sama juga sempat dikongsikan semula di laman Facebook Nija Tahar. Wanita ini menceritakan tentang ayah dan ibunya yang sudah 241 hari menanggung rindu sebelum akhirnya bertemu semula dalam situasi cukup sayu.
BACA :Â [VIDEO] Rindu Isteri Yang Dah Tiada, Anak Rakam Ayah Terbaring Tenung Gambar
 2 minggu kuarantin, mak berharap ayah pulang… setiap kali video call mak nangis
Sejak dimuat naik 14 November lalu, posting berkenaan sudah dikongsikan sebanyak hampir 700 kali oleh netizen. Pada tanggal 17 Mac 2020 merupakan kali terakhir suami isteri itu bertemu. Hal ini kerana, ayah kepada wanita tersebut dihantar pulang ke Singapore untuk menjalani kuarantin. Kata anaknya, si ibu sentiasa berharap agar suatu hari nanti dia akan dipertemukan kembali dengan suami tercintanya.
Ayah sangat-sangat tenang, dalam hati ayah hanya Allah je yang tau…
Namun siapa sangka, hasrat ayah kepada wanita tersebut tidak tercapai apabila isterinya yang tercinta telah pergi menghadap Illahi terlebih dahulu. Meskipun sedih menahan kerinduan atas pemergian berkenaan, suami Allahyarhamah tetap kelihatan tenang. Namun dek kerana rasa rindu seorang suami yang terlalu mendalam , akhirnya si ayah tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata apabila melihat jasad isterinya.
Sumber : Facebook Nija Tahar