Berita Semasa Viral

2 Rakyat Sah Positif COVID-19, Gaza Paling Terancam Sebab Rawatan Amat Terhad

Sharing is caring!

Tak dinafikan bahawa isu penularan wabak COVID-19 telah melumpuhkan ekonomi serta keselamatan manusia di peringkat global. Jika sebelum ini bilangan kematian di Itali menjadi perhatian ramai kerana naik mendadak hingga pernah mencatatkan kehilangan hampir 800 nyawa sehari, bagaimanakah pula nasib yang menimpa wilayah bergolak seperti Gaza?

BACA: Minggu Paling Sayu, Inilah Wajah 8 Rakyat Malaysia Yang Pergi Akibat COVID-19

Viral rakyat Palestin doakan dunia pulih daripada koronavirus

Beberapa hari lepas, tular di media sosial mengenai posting yang memaparkan rakyat di wilayah Palestin itu mendirikan solat berjemaah diiringi doa agar wabak pandemik itu segera tamat sekali gus diberi kesembuhan buat semua individu dijangkiti. Malah pada masa itu Gaza juga didakwa merupakan antara beberapa kawasan di dunia yang masih bebas daripada ancaman terbabit.

2 Rakyat Sah Positif COVID-19, Gaza Paling Terancam Sebab Rawatan Amat Terhad

2 Rakyat Sah Positif COVID-19, Gaza Paling Terancam Sebab Rawatan Amat Terhad

2 rakyat pula disahkan positif COVID-19

Walau bagaimanapun, perkara itu tidak dapat bertahan lama apabila media tempatan melaporkan tentang jangkitan pertama COVID-19 Ahad lalu apabila 2 rakyatnya yang pulang dari Pakistan ke Tebing Gaza didapati positif virus tersebut. Namun begitu, Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan bahawa mereka berdua tidak membuat sebarang kontak dengan rakyat lain. Susulan itu, lebih 1,270 orang yang menyeberang sempadan Gaza dari Israel dan Mesir sedang dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga.

2 Rakyat Sah Positif COVID-19, Gaza Paling Terancam Sebab Rawatan Amat Terhad

2 Rakyat Sah Positif COVID-19, Gaza Paling Terancam Sebab Rawatan Amat Terhad

Pakar beri amaran Gaza boleh terjejas

Insiden berikut nyata menambah kebimbangan pihak berkuasa tempatan kerana sistem penjagaan kesihatan yang lemah di sana tidak dapat menampung beban rawatan sekiranya menular di seluruh Palestin. Ditambah pula dengan faktor kadar kemiskinan tinggi, populasi padat serta dibayangi bermacam konflik sejak berdekad lalu, pakar juga memberi amaran bahawa kesan yang sangat buruk boleh menimpa Gaza jika wabak ini meledak. Difahamkan, Kementerian Dalam Negeri Hamas turut mengeluarkan arahan supaya semua dewan majlis perkahwinan dan pasar ditutup bagi mengekang penularan COVID-19 pada Sabtu lepas.

2 Rakyat Sah Positif COVID-19, Gaza Paling Terancam Sebab Rawatan Amat Terhad

2 Rakyat Sah Positif COVID-19, Gaza Paling Terancam Sebab Rawatan Amat Terhad

Sumber: Astro Awani, Sinar Harian, Oh My Media, Twitter niilexis

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

2 Rakyat Sah Positif COVID-19, Gaza Paling Terancam Sebab Rawatan Amat Terhad

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram