Hiburan

[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35

[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35
Rasaflix

Sharing is caring!

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-35 mula dirasai dengan pengumuman senarai 30 buah lagu yang bakal berentap di pentas Semi Final Muzik-Muzik. Selain persembahan solo, karya duet juga dilihat telah mendominasi acara pada tahun ini. Malam tadi juga menyaksikan nyanyian daripada Hael Husaini, Ernie Zakri, Wany Hasrita, Stacy, Syamel dan ramai lagi.


BACA: [VIDEO] Peminat Teruja Dengar Mira Filzah Nyanyi, Siap ‘Payung’ Lagu Baldu Biru

[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35

Terima kritikan semasa AJL ke-34, tapi tak putus pernah asa…tahun ni bawa lagu berirama tradisional

Meskipun pernah menerima pelbagai kritikan semasa AJL ke-34 tahun lalu, namun pengalaman itu tidak pernah mematahkan semangat Wany Hasrita. Malah pada tahun ini, penyanyi berusia 27 tahun itu berani membawakan lagu berirama tradisional iaitu ‘Canggung’ hasil ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong. Selain tampil cantik dengan busana yang bertemakan ala-ala Arab, dia juga dilihat sangat sesuai membawakan rentak etnik kreatif.


Suara dah semakin bagus, tak nampak nervous macam tahun sebelum…harap dia dapat masuk final

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat memuji kelunakan suara Wany Hasrita dan menyatakan sangat ia sesuai membawa rentak berirama etnik kreatif. Selain teruja melihat penambahbaikan yang berlaku dalam persembahan penyanyi wanita ini, mereka juga berharap agar lagu ‘Canggung’ itu dapat berentap di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-35 pada Februari tahun hadapan.


[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35

[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35

[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35

[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35

[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35

Sumber: Instagram tv3malaysia, YouTube TV9MALAYSIA Official

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram