Bagi yang membela kucing di rumah, pastinya hubungan sangat rapat dan cukup mengenali karakter pets masing-masing. Selain perangai nakal dan aneh ‘si bulus’ yang selalu buatkan ramai pencinta kucing geram, hakikatnya ia juga mempunyai perasaan sensitif sama seperti manusia.
BACA :Â Gadis Terpaksa Bawa Kucing Ke Kelas, Duduk Diam Saja Bila Tersorok Bawah Meja
Ibu dia dah tak ada…pertama kali tengok anak kucing menitiskan air mata
Menerusi perkongsian gadis yang bernama Caca di Tiktok, dapat dilihat dia sedang menggosok kepala haiwan peliharaannya dengan sebatang berus gigi. Sewaktu kepalanya diusap, ia dilihat mengalirkan air mata. Menurut tuannya, Oyen sebelum ini berperwatakan sangat ceria.
Dulu rapat sangat dengan ibunya…pernah sanggup cari semula tempat ia ditanam
Namun semuanya berubah setelah ibu ‘si bulus’ tersebut pergi buat selamanya. Ia begitu terkesan hingga pernah sanggup mencari semula lokasi jasad kaku ibunya ditanam. Dalam pada itu, Caca turut menyatakan bahawa dia kini buntu serta tidak tahu bagaimana untuk membuat Oyen ceria seperti dulu.
@cacadnf Aku harus gimana huhu sedih banget😠#fyp #foryoupage #kucing #GoyangGledek #ItsOkayToBeLebay #foryou
Sedihnya haiwan pun ada perasaan juga…kalau pasal kucing memang emosi terus jadi lemah
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak apabila melihat haiwan berkenaan menitiskan air mata. Mereka juga ada menyatakan yang hati menjadi lemah setiap kali melihat ‘si bulus’ sedih dalam rakaman tersebut. Video yang berdurasi 26 saat ini telah meraih hampir 500 ribu tontonan semenjak dimuat naik.
Sumber : Tiktok cacadnf