Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Terserempak Babi Hutan Masa Hiking, Semua Tahan Gelak Nyorok Atas Pokok

21st November 2020
in Viral
[VIDEO] Terserempak Babi Hutan Masa Hiking, Semua Tahan Gelak Nyorok Atas Pokok
587
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Hiking merupakan salah satu aktiviti lasak yang sudah menjadi trend riadah popular di masa kini. Meskipun penat, semuanya terubat semula selepas melihat suasana alam yang memukau. Umum mengetahui bahawa trek hiking biasanya merupakan habitat untuk hidupan liar. Siapa sangka tragedi malang tidak berbau akan terjadi tanpa disangka. Situasi ini lebih kurang sama seperti video Tiktok yang telah dikongsikan oleh @melisptniii tentang sekumpulan pendaki bersama seekor babi hutan.

BACA : Pergi Pekan Telan Kos Banyak, Giliran Penuntut UPSI Pula Berkelambu Dalam Hutan

Macam ni la nasib pendaki, ambil risiko kena kejar dengan babi hutan

Melalui video yang telah meraih lebih 5 juta tontonan di Tiktok, terdapat sekumpulan remaja sedang berada di atas pokok . Hal ini demikian kerana mereka berusaha menyelamatkan diri daripada disondol oleh seekor babi hutan. Rakaman tersebut juga menunjukkan seorang pemuda menyandang back pack sedang ketakutan  sambil menahan ketawa saat ternampak haiwan liar itu berada di bawahnya. Lebih menghiburkan lagi, si perakam menyifatkan bahawa ini adalah risiko biasa yang perlu dihadapi oleh para hikers apabila sedang mendaki di dalam hutan.

@nadia.kimberly16

tolong bengek😂gini lah nasib anak nanjak harus terima resiko dikejar babi wkwk

♬ original sound – Jery Jatmika – Jery Jatmika

Tiba-tiba jadi hebat panjat pokok…

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi daripada pihak netizen. Selain terhibur dengan cara mereka menyelamatkan diri dengan bersembunyi senyap-senyap di atas pokok, ada juga yang merasakan berkemungkinan haiwan liar terbabit berada dalam keadaan lapar. Maka sebab itulah ia masih menunggu di bahagian bawah pokok tersebut.

[VIDEO] Terserempak Babi Hutan Masa Hiking, Semua Tahan Gelak Nyorok Atas Pokok

[VIDEO] Terserempak Babi Hutan Masa Hiking, Semua Tahan Gelak Nyorok Atas Pokok

[VIDEO] Terserempak Babi Hutan Masa Hiking, Semua Tahan Gelak Nyorok Atas Pokok

Sumber : Tiktok @melisptniii

 

Tags: babi hutanhikinglasakpanjatpokok
Next Post
[VIDEO] Terserempak Babi Hutan Masa Hiking, Semua Tahan Gelak Nyorok Atas Pokok

[VIDEO] Vokal Makin Padu, Peminat Doa Wany Hasrita Dapat Masuk Final AJL Ke-35

Sarung Hijab Instant Selesa & Stylish!
HP 5G Terbaik untuk Pelajar & Warga Emas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)