Tidak dinafikan, memiliki bakal keluarga mentua yang baik adalah salah satu impian buat semua calon menantu. Lebih-lebih lagi jika ada ipar-duai yang peramah sehingga boleh bergurau senda dan membuatkan kita tidak kekok untuk berinteraksi. Cukup beruntung, mungkin itulah kata-kata yang sesuai diberikan kepada kedua-dua gadis ini apabila berpeluang mengenali bakal ipar yang sangat terbuka.
BACA:Â [VIDEO] Diperlekeh Kerja Kerajaan, 3 Beradik Frontliners Buat Netizen Kagum
Awek-awek adik lelaki pandai ambil hati…bakal kakak ipar dengar jawapan terus setuju jadi adik ipar
Menerusi perkongsian di TikTok, gadis yang mesra dikenali sebagai Ain Ridhwan telah memaparkan gelagat bersama dua orang teman wanita kepada adik lelakinya. Sewaktu sedang lepak, gadis-gadis berkenaan telah memperkenalkan latar belakang masing-masing kepadanya. Selain bercerita tentang tempoh hubungan mereka, Ain turut bertanyakan tahap keselesaan mereka dengan ahli keluarganya. Mendengar respon mereka, Ain yang bersikap supportive itu terus bersetuju jika gadis-gadis tersebut menjadi adik iparnya suatu hari nanti.
@ainrdhwn
Sumpah supporting kakak ipar macam ni…sama macam akak aku sampai sanggup cari nombor telefon
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah mereka bertiga. Bukan sahaja menceritakan pengalaman masing-masing, mereka juga berharap dapat memiliki kakak ipar yang sama seperti Ain. Secara keseluruhannya, video berdurasi 56 saat ini telah meraih lebih 80 ribu tontonan.
Sumber: TikTok @ainrdhwan