Seperti diketahui umum, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan hingga 14 April dengan harapan Malaysia dapat menangani penularan jangkitan COVID-19. Sebenarnya dari sudut positif, arahan ini secara tidak langsung perlu diambil peluang untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang sebelum ini sukar dilakukan dek sibuk dengan tugas masing-masing. Selain berkongsi resepi masakan dan aktiviti bersenam di rumah, anda juga mungkin boleh bermain game kreatif seperti suami isteri ini.
BACA: [VIDEO] Suami Makin ‘Membulat’ Lepas Kahwin, Bukti Bahagia Isteri Tetap Sayang
Putih gebu challenge…paksa wife main sekali
Menerusi posting Facebook oleh Amir Farhan, baru-baru ini dia berkongsi sejenis riadah yang sangat lucu dan menarik bersama isterinya iaitu Puan Nurul Huda. Setiap kali permainan ‘O-som’ ditentukan, pihak yang kalah bakal ditekup mukanya ke atas bantal yang dipenuhi dengan bedak sebagai hukuman. Walaupun caranya sangat mudah, tapi Amir akui aktiviti sebegini dapat menambahkan lagi keceriaan dalam rumah tangga mereka.
Paksa wife main…tapi akhirnya suami yang kalah teruk
Lebih menarik lagi, isterinya seolah-olah memiliki imuniti kerana sering memenangi permainan tersebut. Meskipun sempat bergelut di hujung rakaman ini, wajah mereka berdua akhirnya berjaya diputihkan dengan bedak tersebut. Selain menghiburkan ramai pihak, video berdurasi 1 minit 22 saat itu telah dikongsi lebih 4 ribu kali serta meraih lebih 110 ribu jumlah tontonan di laman Facebook setakat ini.
Sumber: FB Amir Farhan